Kelapangan Masa..
Assalamualaikum…
Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdulillah..hari ini hari jumaat, 29 september 2006 bersamaan 6 ramadhan..
Mulakan hari kerja dengan ummul kitab …AL-Fatehah…Khususon ila rasulullah, wasohbihi wasallama tasliman khathira..khususan ila ruhil marhum (Abdulrahman bin Bachok, Rawian bin Sapan, Parmi binti Sardi, Nindak binti Osman, Bachok bin Daeng Malewa wa ila ruhil muslimin wal muslimat…moga diletakkan dikalangan Orang2 yang beriman..amin..
Hari ni dah 6 hari rupenye kita berpuasa..alhamdulillah ramadhan kali ini…ketenangannya tidak sama dengan tahun2 yang sudah…alhamdulillah..anugerah Allah..sesungguhnya benarlah janji2 Allah…
Hmm..hari ni..diawal pagi..tak pula ana dengar speaker kat pejabat ni berbunyi..biasanya ada bacaan doa diawal pagi…merenungi niat berkerja diawal pagi..perbetul niat kalau tersilap dan memastikan setiap saat dalam seharian kita ni merupakan satu ibadah..mungkin individu yang diberi taklifan membaca doa di bilik It tu..terlupa atau sibuk dengan tugas lain yang lebih awla agaknya…
Seperti hari2 yang sudah (Minggu ni)..nampaknya selepas inventori institut disiapkan dan dibukukan..sangat berkurang tugas yang diperolehi…hati agak kurang enak juga..yelah..terasa waktu tersia, berlalu tanpa melakukan tugasan..muncul pula dihati kecil…sering mempersoalkan diri..enti relaxs je..enti nak makan gaji buta ke…Astaghfirullah..mudah2an apa yang aku lakukan setiap saat disertai dengan niat yang ikhlas keranamu Ya Allah..
Sebenarnya dengan kelapangan masa yang ada ana mengharuskan diri ana untuk mengkhatamkan pembacaan buku tasauf yang ana pinjam dari library…tp..dah berapa kali renew date tp x khatam2 jugak daa.. J ..menarik perbahasannya…namun perlu diulang baca berkali2 untuk mendapatkan pemahaman yang maksimum…
Biarpun belum habis dari kulit ke kulit ana rasa ingin menlakarkan apa yang ana dapat dalam buku ni..tapi secara bersiri la..sebab buku ni agak tebal…tajuknya “Memelihara Hak-hak Allah” terbitan pustaka hidayah (Indonesia mari tau..)karya imam Abu Abdullah al-Harits bin Asad al-Muhasibi..buku ni terjemahan dari buku bahasa arab.yang diverifikasi oleh Abdul Qadir Ahmad Atha terbitan Rar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut..
Menbaca perbahasan tentang hati, nafsu, iman,riya’ dll lagi..benar2 membantu kita untuk lebih mengenali diri kita..siapa je kita…apakah kita hanya mementingkan hak kita saja??Dari perjalanan hidup seharian macam iya….tap perlu kita fikirkan hakikatnya dimana kita letakkan hak Allah sebagai pencipta kita yang kita hanyalah bertaraf hamba..nantilah..bila2 sempat ana cuba postkan..moga beroleh manfaat…
0 Comments:
Post a Comment
<< Home