Sunday, September 23, 2007

^^ Hikmah_Dalam_Menyampaikan^^

DIK…


Mengapa wajahmu bermuram durja dik…?
Lantaran cintamu tidak bersahut..??
Lantaran rindumu tidak bersambut…?

Mengapa termenung dik…?
Memikir jodohmu yang masih kelam…?
Teringatkan rakanmu yang sudah berteman??
Bimbangkah dirimu dik??

Mengapa mengurung diri..
Memeluk lututmu sebegitu…
Sedih dengan takdir ilahi..
Yang bagimu tidak menentu…

Tit…tit…
Tit…tit..

Ah tiba-tiba suasana mendung berlalu..
Kegembiraan bertamu..
Wajahmu ceria dik…
Jemarimu memetik deras..
Matamu bersinar jelas…

Bibirmu mengukir seyuman..
Sungguh manis menawan…
Jemarimu menari pantas..
Pastinya idea membalas…

Masa berlalu…
Tanpa sedar..terlalu pantas..
Tayangan Bayangan dulu terus berlalu…
Berganti pentas….

Hari ini…
Akak turut berteleku disisi..
Kenangan lalu datang kembali..
Mengapakah kau muram kembali??

Pandanganmu sayu..berbaur pilu…
Memegang perutmu yang berisi…
Janin yang suci…
Hanya menanti hari..
Menjengahkan wajahnya ke bumi…
Untuk bergelar bayi yang berbintikan ummi..?

Butiran air matamu jatuh berselang seli..
Bagaikan karangan jatuh ke bumi..
Ramai mengatakan…
Penyesalanmu sudah tidak bererti…
Sukar masyarakat untuk bersimpati..
Kerana sedihmu itu..engkau yang cari…

Dan aku…perlukah berkata sesuatu…
Menelan terkilan dan pilu..
Silap kau itu…
Mungkinkah berkait denganku..
Yang tidak melarangmu dulu..?
Ataupun adakah kerana ..
berputus asa..
dalam menyampaikan peringatan kepadamu..??

mungkin ketika itu..
aku leka mengikut kehendak nafsu..
terlupa hakikat dai’e itu
tidak berhak untuk menghukum..tapi sekadar penyeru..

Butiran air mata kakak mu..
Berselang seli…
Berguguran mencari kekuatan..
Bersuara mengingatkan kan kembali kebenaran..
Serta hikmah suatu kejadian juga ujian…
Pandanglah hari ini sebagai panduan..
Untuk kehidupan masa depan…

Sejarah lalu itu dik..
Usah kau dan aku padam..
Usah kau dan aku ulang…
Jadikan catitan diari kehidupan…

Untunglah kau dan aku punya tuhan.
Yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Maha memberi pengampunan..
Atas taubat yang sebenar-benar taubat…
Ampunkan kami..
Wahai tuhan…atas setiap kesilapan.

-imah83-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home