Sunday, May 11, 2008

Ya lathif...ku mohon..

Oh tuhan..
Terlalu lama aku kaku..
Beku dan bisu..
Menyirami sanubari..
Di sepertiga malammu..

Yg memiliki dan mencipta hati..
Yang maha bisa membolakbalikkan hati-hati..
Peliharalah hatiku dengan rahmatmu..
Agar al-latiff memenuhi seketul hatiku..

Ingin aku bisikan
Bukan sebuah keluhan
Tapi sebuah bisikan kerinduan

Oh tuhan
Hampir ku kecundang
Meneliti kemeriahan
Renjis warna nadi kehidupan
Corat-coret jadi bayangan
Inspirasi janggal yang diacukan
Tayangan nyata kita di rantauan

Aku begini..
Dan masih begini..

Sedangkan merindu..
Untuk jadi yang ‘Begitu”..

Tamakkah aku??
Merebut titisan rahmatmu??

Riang senyuman di potret ini
Satu lakonan dalang ilusi
Potret mencurah seribu erti
Terkandung angan penuh misi…

Tuhan…
Aku tak layak ke syurgamu..
Namun tidak pula aku sanggup ke nerakamu..
Jadikan aku..
Anak yang solehah, isteri yang solehah..
Seorang sahabat yang tidak melalaikan..
Dan seorang ahli masyarakat yang bisa “menyampai”kan..

Aku hanya hamba..
Tak layak mendabik dada..
Kerana DIA..
Maha segalaNya..
Dalam merancang SEMESTA…..

Imah83
IPTI 08

0 Comments:

Post a Comment

<< Home