Sebuah Kematian...
- Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...hari ni hari ke 8 bulan ramadhan...Sebelum tu..mulakan pagi dengan ummul kitab...Al-Fatihah....
- Semalam...ada berita sedih...berita sebuah kematian..ayah sahabat ana..sahabat dunia akhirat..insyaAllah...telah kembali kerahmatullah...moga arwah diletakkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...terbayang2 wajah tenang arwah dimata ana...banyak pengajaran yang dapat kita ambil daripada sebuah kematian...malah 3 hari sebelum ramadhan, sorang anak pemandu ofis ana kerja juga telah kembali kerahmatullah...eksiden denagn lori...baru berumur 20 tahun...muda lagi...tp apakan daya itu janji yang maha kuasa....kepada keluarga yang kematian saudara... sabarlah...tabahlah... redhalah...dan kuatkan hati....usah di ikutkan perasaan sedih...
- Teringat semasa ana kematian ayah tahun yang lepas...sahabat ana yang kematian ayahnya semalam sempat mengirimkan sms memperingatkan ana...terima kasih sahabat....ianya benar2 menjadi satu peringatan untuk ana waktu itu..dan hari ini ana kembalikan ia kepada enti...
- “Sesungguhnya apabila seorang anak adam ditimpakan musibah...maka syaitan akan datang ke pintu2 kesedihan untuk menyesatkannya”
- Oleh itu berhati-hatilah sahabat, dalam kesedihan...ana tau ayat ni tak sebunga ayat yang original...sebab ana Cuma petik intipatinya saja...sabar ya sahabat...ana faham perasaan enti...sebab ana pernah melalui...Tidak mengapalah enti tak sempat menatap wajahnya kali terakhir mahupun mencium dan mendakap jenazahnya.apa boleh buat..jarak tidak membenarkan enti berbuat demikian..duduk di negara orang..sebab antara perkara yang perlu dipercepatkan apabila berlaku ialah...mempercepatkan menguruskan jenazah...dan perkahwinan bagi gadis yang telah menemui calon suaminya.dan solat apabila masuk waktunya..
- Namun ingatlah yang lebih penting untuknya ialah doa dari anak yang solehah dan soleh...berusahalah..kita sama-sama..untuk menjadi yang terbaik pada pandangan Allah...mujahidah yang solehah...syurga itu mahal sahabat....bukan mudah jalan ke sana...ana doakan enti kental mengharunginya dan berjaya membawa pulang segulung ujazah kedoktoran..membantu yang memerlukan..menjaga keperluan kaum hawa dalam era perubatan semasa..sepertimana impian enti...besar harapan,besar pengorbanan cik ayah sahabat,.berusahalah untuk memberi yang setimpal..walaupun hakikatnya ia terlalu agung dan tidak dapat dipulangganti jasa mereka..
- Pesanan ana...jauhkan lah parasit2 yang menggangu...usah dilayan...carilah ubat..kalau ia berasal dari kekeruhan hati...jernihkanlah semula...kalau ia berasal dari pengaruh nafsu...didiklah segera..kalau berasal dari ketumpulan iman..asahlah segera usah bertangguh. .insyaAllah...
- Semoga berjaya sahabat...hanya doa yang mampu ku hantarkan sebagai ole2 ku untukmu...peringatan ini pastinya sahabat umpama ana bercakap dengan cermin atau bercakap didalam gua...yang lantunan bayangnya, lantunan gemanya ana menaruh harap agar kembali menjadi peringatan pada diri ana semula...ana pun sama...sering khilaf..
- Sahabat, tempohari, Bukan ana tak mahu temankan enti .bukan tak mahu...tapi ana terhalang berbuat demikian...ana risau fikirkan enti seorang kat sana...sedih rasanya...maafkan ana sahabat kerana tidak mampu untuk menjadi sahabat yang baik...tak perlulah ana jelaskan apa alasannya...hanya satu yang ana nak kata...ma redhaAllahu illa fi redha il walidaini...enti faham kan maksud ana..enti pun mesti kene macam tu juga kan..lainla kalu ana dah kawin...dah berpindah pulak pada suami ana..kene taat.. (haha..mesti enti senyum dngar ana ckp macam ni..jgn gelak kat ana...saje je msg mcm tu kat enti mlm td tu..he..ana tak nak tengok muka enti murung..biar senyum..agar ada iras2 siti nurhalijah..he..).
- Mudah2an perbicaraan ana sepanjang mlm dan pagi semalam dapat mengurangkan berat fikiran enti...walaupun banyak gak ana merapu..terima ksih enti...kerana bisa memberikan ruang pada ana mengenali apa ertinya sebuah ukhwah yang dijalinkan kerana Allah...syukur padamu ya Allah atas segala kurniaan dan nikmatmu...
ukhwah fillah..abadan abada...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home