Friday, November 24, 2006

..YaNg TeRsURaT DaN TeRsIRaT..

Kau..
Namamu telah tersirat..
Tersimpan dalam sebuah yang tersurat..
Dikuarantin..
Dikawal ketat..

Kau..
Dalam ruangan vakum tertutup rapat..
Terlalu bimbang mengundang maksiat...
Takkan di biar bebas...
Mengganggu khusyuk dalam solat...

Kerana...
Aku pula makhluk biasa..
Yang lemah dengan nista...
Yang lemas bila dipuja..
Yang bergelut imannya..
Tatkala yang bergelar nafsu..
Bermaharajalela...

Kau..
Datangnya dari benua berbeza..
Bertandang menyahut seruan sunnah..
Mengikat janji..mendamba Berkat..
Semoga di iktiraf sebagai ibadat..

Kau..
Mungkin terkadang ..
Neuron tersasar...
Impuls ditafsir..tidak sehaluan..
Memberi impak..jalan yang sukar..

Namun..
Pasti kau sedar..
Kita punya tuhan..
yang menyusun jalan..
Kehidupan..

Kau..
Pasakkan niat keranaNya..
Bungakan Ikhlas sebati di jiwa..
Pasti bantuan menjelma..
kerana KITA yakin JanjiNya Benar..

Aku..
Katakan Tidak...
Bukan kerana..BENCI..
Katakan Tidak...
Bukan kerana EGO dihati..
Memberi alasan..
Bukan kerana ingin mengUJI..

Tapi...
Kerana satu DESTINASI..
Demi Kesucian Cinta...
Bukan untuk KAU...
Tp kesucian CINTA...
Hanya Untuk ilahi..

-imah83-

Astaghfirullah...Ampunkan hambamu Ya Allah..
Dari segala kelalaian..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home