Friday, November 10, 2006

"iMaN.."

Eh...kite orang islam..maksudnye kita orang yang beriman lah kan...!! teringat pada kata2 seorang sahabat....sekali dengar malas rasanya penulis nak komen..tapi bila ayat tu terngiang2 ditelinga...terpanggil rasanya merungkai konsep iman dalam kehidupan kita sebagai orang islam..

Yang sebenarnya apakah yang dikatakan iman itu?? Mungkin kita sering mendengar di dalam ceramah2 oleh ustaz-ustaz, antara nikmat yang paling berharga bagi seseorang muslim itu adalah nikmat iman dan islam..mungkin bila kita sering membelek2 kitab suci al-Quranul karim...sering kita mendengarkan seruan “ Wahai orang-orang beriman...’..dan sebenarnya dalam al-Quran itu sendiri pun sering kita temukan penjelasan tentang siapakah dia yang dinamakan orang-orang yang beriman itu.... Cuma kita kadangkala tidak memberi ruang masa diri kita untuk duduk berfikir dan menghayati makna tersurat dan tersirat setiap ayat yang dibaca....sedangkan hakikatnya kita perlu sedar dan menyedarkan diri bahawa setiap ayat-ayat tersebut adalah untuk panduan kita didunia agar tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi di akhirat kelak..

Iman itu sangat penting dan perlu dimiliki. Ia perlu dicari sebagaimana kita mencari harta benda. Ia tidak mungkin akan datang sendiri tanpa usaha dan ikhtiar..tak jauh bezanya dengan duit..ia tidak akan datang sendiri tanpa kita berusaha mendapatkannya..
Sudah menjadi sunnatullah, sesuatu yang berharga adalah susah untuk dimiliki, umpamanya mutiara atau intan permata juga emas berlian. Manusia terpaksa menyelami lautan dan membelah bumi hnya keranannya. Kalau tidak pun perlu bertungkus lumus mengumpul wang bertahun lamanya untuk membeli.begitulah susahnya kita ingin mendapatkan barang yang berharga itu, tetapi apalah sangat jika perkara yang tidak berharga dimata manusia sepertinya batu, pasir atau tanah. Dimana-mana kita boleh mendapatkannya tanpa usaha ikhtiar yang berat dan susah. Kadangkala kita tidak berniat pun untuk mengambilnya malah ia pula yang mahu mengikut kita dengan melekat pada baju dan kasut kita.

Malah sebenarnya iman nilainya melebihi nilai mutiara atau intan permata. Oleh itu untuk mendapatkannya adalh lebih susah dari mendapatkan intan berlian. Manusia wajib menggadai semua nikmat-nikmat lain untuk mendapatkan iman yang sebaik-baiknya. Manusia perlu mengorbankan semua kepentingan hidupnya demi mencapai iman yang setinggi-tingginya. Jika tidak usahlah bermimpi iman itu akan masuk dan bertakhta di hati. Mungkin boleh disebut dan diingati selalu tetapi tidak mungkin dirasai dan dimiliki.

Iman sebanarnya bukan dimulut. Tidak juga pada akal tapi tersemat kuat dihati dan jiwa manusia. Iman juga bukan bersandar pada amalan lahir seperti sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain walaupun perkara itu diperintahkan tapi ia ada pada amalan hati. Ini dapat kita fahami dari sepotong hadits yang bermaksud :

“Tidak ada kelebihan Abu Bakar disisi Allah dengan sebab banyaknya puasa dan banyaknya sembahyang, Tapi yang melebihkan Au Bakar ialah iman yang tersemat di dadanya”

Hadits diatas membuktikan bahawa iman adalah ujud tersendiri bebas dari ikatan dan kongkongan luar. Tempatnya dihati manusia dan bertindak sebagai tenaga penggerak yang boleh mengarahkan manusia kepada apa yang dikehendaki.

Amalan-amalan lahir seperti sembahyang dan lain-lain tidak semestinya sebagai simbol iman di hati manusia. Sembahyang adakalanya dari arahan iman dan ada kalanya bukan atas dorongan iman..itu perlu kita renungi..
Ini difirmankan oleh Allah s.w.t. yang bermaksud :

Orang Arab Badwi itu berkata: “ Kami telah beriman..’Katakanlah pada mereka, “Kamu belum beriman.” Tapi kamu katakanlah, Kami telah tunduk (islam).” Kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya. Dia tidak akan mengurangi sedikit pun pada (pahala) amalanmu sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Maka disini jelaslah bahawa iman terpisah dari amalan lahir. Walaupun hubungan keduanya agak rapat tapi kedua-duanya tetap terpisah. Yang satu ada diluar dan yang lain ada di dalam hati manusai. Dari itu menjadi tugas kita untuk memastikan bahawa kita wajib memiliki kedua-duanya. Bagaimanapun imanlah yang lebih diutamakan.

Iman bukan sahaja akan menjamin kekalnya amalan-amalan zahir seseorang tetapi akan bertindak sebagai sumber kebahagiaam manusai di dunia dan akhirat. Iman adalah segala-galanya ketenangan, kekuatan, hiburan, kekayana, kelapangan dan semuanya yang diidamkan manusai. Malah iman adalah kehidupan kita.Matinya zaman kegemilanagn islam berpunca dari lenyapnya iman dari hati-hati umat2 islam. Dan hina dan lemahnya kita hari ini pun kerana tipisnya iman yang kita warisi.

Dalam merenung jauh kehadapan, perlulah kita menyedari bahawa sebenarnya betapa perlu kita sebagai umat islam berjuang mencari dan menambah keimanan demi kebangkitan islam yang kita harapkan. Perlu juga bagi kita berikar untuk berkorban apa sahaja untuk memeperolehi iman. Relakan lah diri “DIPERALAT ” dalam perjuangan merebut iman.
Supaya semua itu mudah dilakukan, yakinlah bahawa Allah sentiasa mengawasi kita dan bila-bila masa sahaja Dia boleh memanggil kita untuk mempersoalkan tentang semua yang kita lakukan semasa hidup di dunia. Di hari itu tiada apa yang akan melindung kita melainkan iman.
Pada hakikatnya iman adalah asa penting yang menjadi tapak berdirinya peribadi mukmin. Kalau menusai diibaratkan sebuah rumah maka iman ialah tapak terdirinya rumah itu. Begitulah pentingnya iman dalam usaha melahirkan seorang manusia yang sempurna lagi diredhai Allah. Tanpa iman, seseorang itu akan sama seperti pokok yang tiada akar tunjang atau rumah yang ketiadaan “Faundation”. Maknanya seseorang yang tiada iman tidak akan ada kekuatan untuk berdepan dengan hidup. Dia pasti gagal.

Kalau pun ada tanda-tanda islam melalui ibadah lahir, tapi ibadah itu tidak akan berfungsi apa-apa sewaktu manusia yang tidak beriman berdepan dengan persoalan-persoalan hidup. Lagi banyak ibadah, lagi cepat gagalnya, sepertilah lagi besar pokok yang tiada akar tunjang, lagilah cepat tumbangnya atau lagi besar rumah yang didirikan diatas lumpur, lagi cepatlah robohnya.
Datang ujian yang kecil pun orang yang tidak beriman sudah goyang apatahlagi kalu berdepan dengan ujian2 yang besar, hanyut dan karamlah dia.sejarah telah membuktikan ini dengan pelbagai bentuk. Seorang wali Allah yang mempunyai karamah2 yang luar biasa,punyai pula pengikut yang berpuluh-puluh ribu dan ibadah yang berlipat kali ganda tetapi akhirnya mati dalam keadaan kafir kerana berjaya ditipu dengan seteguk arak dan seorang perempuan.
Sering pula juga kita saksikan berlaku dalam masyarakat ,orang-orang yang kita lihat seperti ulama’ kerana banyaknya ilmu dan ibadah tetapi kecundang bila berdpan dengan ujian2 hidup seperti pemarah, keluh kesah, hasad dengki, bakhil, gila dunia, sombong, gila puji, pendendam dan lain2 sifat yang ditegah Allah.

Perkara ynag paling penting kenapa berlakunya sifat2 keji ini kerana lemahnya iman. Iman yan kuat dan benar umpama mutiara yang tersimpan di dasar laut, walaupun sekencang manapun ombak dan ribut yang mengganas, ia tetap tahan dan kukuh serta tidak berganjak. Oleh itu kita boleh melihat orang yang kuat imannya walau sehebat manapun ujian yang mendatang, dia tetap tenang,sabar, dan redha dan tidak terlintas didalam hatinya untyuk mengingkari syariat.
Ialam dapat ditegak dalam masyarakat atau peribadi manusia kerana ada dan kuatnya iman. Tanpa imanyang kuat ,islam hanyalah satu simbol lahiriah yang diamalkan sebagai satu tradisi dan kebiasaan semata-mata. Sebaliknya iamn yang kuat akan membentuk satu peribadi yang benar2 kuat dan islamik.Ialam adalah amalan lahir.Iman adalah amalan hati. Kalu iman kuat, islam psti kuat. Tapi manakan mungkin terbentuknya islam yang kuat seandainya dengan nilai iman yang sangat lemah??.Ini perlu diperhatikan dengan betul2.Jangan kita jadi orang yang kuat beramal saja tapi lemah imannya, sebaliknya jadilah orang yang kuat beriman dan kuat beramal. Allah menjanjikan keuntungan itu hanya tertantu bagi orang2 yang beriman dan beramal.

Firmannya dalam surah al-asr : 1-3 :

Bermaksud :
“Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecualai orang2 yang beriman dan beramal soleh dan nsihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”

Allah menyebutkan iman dahulu sebagai syarat bahawa amalan yang didahului atau didorong oleh iman sahaja yang akan dinilai. Rasulullah turut ada mengingatkan ini dengan sabdanya :
“Allah tidak melihat kepada rupamu dan hartamu (gambaran lahir) tetapi Dia melihat hati kamu”

Sangat sedih bila ana mengingat kembali kata2 diatas pernah digunakan oleh sesetengah individu tak kiralah samaada mereka tergolong dalam antara yang popular mahupun tidak tapi menggunakan ayat diatas sebagai satu jawapan bagi menutupi kesalahan yang mereka lakukan secara terang-terangan. Mereka ditanya tentang persembahan hiburan yang jauh bertentangan dengan ajaran islam (pergaulan bebas, pembukaan aurat..etc..) tetapi dibuat untuk mencapai konsep “Konsert amal”, “Malam amal” dan bermacam2 lagi... Nampaknya tanpa segan silu mereka menggunakan kata2 rasulullah sebagai alasan mereka...

Padahal hakikatnya sebanyak mana amalan lahir(beramal) seperti sembahyang, puasa, zakat menutup aurat zikir, doa, berjihad dan lain2 lagi tiada apalah ertinya disisi Allah kalau itu semua bukan atas dasar iman dan bukan kerana Allah.

Dalam mengertikan hadits ini juga ada orang berkata “Buat jahat pun tidak mengapa asalkan hati baik, sebab Allah tidak memandang pada amalan zahir tapi Dia melihat kepada hati”. Kalu dihuraikan maksud mereka itu bolehlah kita katakan kita tinggal sembahyang pun tidak mengapa, maksiat pun tidak mengapa..mendedahkan aurat juga tidak mengapa..?? Yang penting Hati Mau Baik!! Untuk mengetahui betul atau tidak kenyataan itu cubalah mereka menjawab soalan ini..

“Baikkah hati orang yang tidak sembahyang dan menderhaka kepada Tuhannya??

Merderhaka kepada kedua ibubapa pun kita anggap sebagai tidak baik dan jahat..apatahlagi kalau menderhakai Tuhannya..Orang yang sembahyang pun Allah tak jamin baik, apatahlagi orang yang tidak sembahyang.Tutup aurat pun tidak Allah terima jika bukan keranaNya..apatahlagi kalau tidak tutup langsung??.

hmm,,ntah laa...fikir-fikirkanlah..
Bersambung dilain kesempatan.....

ma'assalamah..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home