Monday, October 09, 2006

Solat Sunat Istikharah..

Bismillah...

Assalamualaikum...

Sedikit megenai Solat Istikharah…daripada intipati yang ana dapat dalam segmen laman nurani subuh yang lalu…ari sabtu kalau xsilap ana…Alhamdulillah…hari ini dah hari ke 15 kita berpuasa.

Asal perkataan istikharah ini adalah daripada perkataan khiar iaitu pilih. Ini bermaksud kita memilih antara 1 daripada 2 atau satu daripada 3 dan sebagainya..Bila perkataan tersebut pula disebut sebagai al-istikharah, ia bermaksud minta pilih…kita meminta untuk memilih. Dalam kitab feqah-disyariatkan satu bentuk solat yang dinamakan solat istikharah..

Solat istikharah ini dilakukan dimana kita berada dalam satu persimpangan samaada ke “kanan” atau ke “kiri”..situasi seperti ini tidak dapat tidak akan sentiasa berlaku dalam kehidupan kita seharian…

Jika kita merenung pada zaman jahiliah diwaktu sebelum kedatangan islam, sebelum kebangkitan nabi, kebiasaan mereka contohnya apabila ingin keluar berniaga..mereka akan menimbangkankan samaada keluarnya mereka berniaga pada hari tersebut akan memeperoleh untung atau rugi…maka pada ketika itu, mereka menggunakn satu mangkuk hikmat yang mana mereka menyebutnya sebagai Qadah.

Caranya mereka akan memasukkan kedalam mangkuk itu sesuatu yang menandakan samaada mereka pergi atau tidak, ataupun untung atau rugi dan sebagainya. Dan kemudiannya mangkuk ditelangkupkan dan dibuka. Jika tanda menunjukkan mereka pergi, maka mereka akan keluar meniaga. Tp jika sebaliknya, maka mereka tak akan keluar meniaga kerana dikhuatiri sesuatu yang tak diingini berlaku atau juga akan rugi.

Maka Islam sebagai agama yang indah, yang merujuk tuhan sebagai yang maha kuasa mengizinkan sesuatu itu berlaku, tidak menggunakan cara tersebut tapi meletakkan kepercayaan bahawa Allah yang menentukan buruk baik pilihan kita..

Maka oleh itu, konsep istikharah itu adalah dimana seseorang itu mempunyai 2 pilihan. Samada A atau B atau antara C dan D…yang mana satu..

Sebagai contoh yang biasa didengar..apabila seorang lelaki ingin memilih calon isteri. Dimana pada ketika itu dia mempunyai 2 pilihan A dan B. Kedua2nya sama ciri-cirinya. Maka diharuskan baginya melakukan solat istikharah ini..

mm..tetinba ana teringat seorang akhi yang merungut..katanya sekarang ni ramai yang konfius tentang apa tujuan istikharah yang sebenar..antara kisah yang dia berikan sebagai contoh. Dia pelik bila seorang wanita dilamar..lepas tu jawapan wanita tersebut ialah..nantilah ana istikharahkn dulu…akhi ni beranggapan tindakan wanita tersebut sebagai tidak tepat..dan tersenyum sinis dengar jawapan tu (akhi tu yg cakap la..).

Tp pada pandangan ana..betul juga tindakan wanita tersebut kerana wanita itu berhajat untuk istikharah samada dia patut terima atau tidak lamaran tersebut…itu bermaksud dia berada dlm 2 persimpangan juga kan…bukan lah sahaja kerana wanita tersebut perlu mempunyai 2 pilihan,barulah dia boleh melakukan istikharah tersebut…itu pendapat ana la..kalau antum yang baca tulisan ana dan ada pendapat lain..ana alu-alukan…

Berbalik pada tajuk asal, Kadangkala yang kita bimbangkan adalah perbuatan sesetengah orang melayu yang terlibat dalam hal2 yang boleh membawa kepada khurafat.

Sebagai contoh, ada orang on da way pi meminang..lalu dalam perjalanan rombongan pinangan, ada pulak sekor biawak melintas jalan..lepas tu boleh pulak mereka pecaya dengan tanda tersebut bermakna pinangan mereka tidak akan diterima ataupun itu dikatakan sebagai tanda sial pula..dan dok pakat patah balik..xjadi pi meminang. Maka keadaan seperti ni boleh membawa kepada syirik..dan ini berdosa besar..Disinilah kita lihat syumulnya islam…nak buat pilihan pun, Allah berikan caranya.

Jadi..berbalik pada solat istikharah, macamana untuk melaksanakannya??

Mulakanlah dengan niat..sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah taala…
Kemudian dalam solat tersebut bolehlah dibaca surah2 dari mana2 surah..(sekarang banyak terbitan buku solat2 sunat yang lengkap perbincangannya..bolehlah kita cari sebagai panduan…yg pentingnya kita perlu ada ilmu untuk beramal.jangan pula beramal tanpa ilmu..dikhuatiri ianya hanya sia-sia belaka..)

Bagaimana Allah berikan petunjuk pilihan kita?? Seelok-eloknya kita lakukanlah solat sunat istikharah sebanyak 7 kali..terpulanglah samada berturut2 harinya atau berselang. Yang pastinya kalu boleh bukan dibuat pada satu waktu yang sama..

Petunjuk yang Allah bagi bergantung kepada individu..ada sesetengah orang buat sekali, sudah memperoleh petunjuk..tapi ada juga ynag buat solat berkali2..barulah menemukan petunjuk tersebut…Oleh itu, janganlah putus berusaha..buatlah solat diwaktu sepertiga malam…cubalah agar ketika perlaksanaan solat itu dilakukan denagn hati yang tenang dan lapang…lakukanlah dengan penuh pengharapan..InsyaAllah..Allah maha pengasih dan penyayang…dan sentiasa mendengarkan hambanya…mintalah padanya…

Bagaimana petunjuk itu didatangkan?? Ada diantaranya Allah beri denagn gerak hati..yang mana yang kuat itulah yang kita pilih..yang mana rasa berat pada hati..kita tinggalkan..dan ataupun juga melalui mimpi..begitulah seadanya kupasan ynag ana boleh buat daripada yang ana dapat…

Sampai disini dahulu ana dapat berkongsi buat kali ini..moga beroleh manfaat…
Wassalam..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home