Friday, October 06, 2006

Mendengarkan Ilmu..

Ya tuhan mudahkanlah dan jangan engkau mempersulit..Amin..

“Orang melayu hari ini biasanya tidak suka membaca sesuatu artikel yang serius…tapi suka pada artikel atau tulisan yang berbenuk hiburan dan kosong….!! “….

Hah..!!? berani kau cakap mcm Tu?? Sapa kata…!!???

Reaksi biasa latu…mesti ter sirap gak darah walaupun sebenanye darah lagi merah dari air sirap….bila dengar orang ckp mcm ni…tul tak?

Tapi tu petikan sikit je dari artikel dalam dewan masyarakat yang ana baca semalam…artikel itu meperkatakan bahawa akhbar melayu sekarang ni nazak…(sejuk baru kat hujung kaki ke…dah sampai tenggorokan?? Ana said : entah !!?…) bila dicompare dengan akhbar lain2..seperti NST,Star, edge,…dan lain lg…artikel ini ada menyentuh mcm lagi..kalau nak baca …pi beli majalah dewam masyarakat tu…sebenarnya kita yang membaca (kalau berfikir) pun akan dapat mengenangkan betapa dulu2 akhbar melayu mampu menaikkan semangat pejuang2 kemerdekaan dan rakyat untk mendapatkan kemerdekaan…tapi sekarang..buka jela…tak kira lah berita harian ke…utusan ke…metro ke…dan bermacam2 jenis lagi akhbar2 tu..xkiralah…(tu bab xkire..ana said : yg penting.dulu mak aku kata .kalu mengira tu biar 1…2…3..…).bukan tak ada nilai langsung…bukan begitu maksud ana..tapi…kehiburannya yang terlebih..muka depan pun boleh letak cerita artis??? How can…!!??

So..kalu tak bleh nak terima orang cakap orang melayu suka baca yang berunsurkan hiburan je dan yang kosong2 je…maka..meh sama2 kite mula start bace apa2 yang ilmiah…supaya jadi ilmuan…(ana said : aku takpe..sebab aku jabu… jawa bugis..lebih kurang anak angkat kepada melayu ni jugak la. …heh..)

Nak dapat ilmu tu bukan sahaja melalui penbacaan tapi juga mendengar..Tapi…Datang majlis ilmu dengar ilmu yang disampaikan..tapi tau tak kita macammana cara nak absorb ilmu tu biar kesannya bisa membasahkan hati melembabkan hempedu dan menenangkan jiwa??? So..kat bawah ni..ada sedikit perumpamaan…check balik diri ita…biasanya kita ni jadi benih yang macamana agaknya …bila keluar je dari majlis ilmu….apa yang kita dapat???

Permulaan ilmu adalah mendengarkan dengan baik, lalu memahami dan kemudian menghafal dan dilanjutkan dengan mengamal dan akhirnya menyebarkan..

Salah seorang ahli hikmah ada membuat satu perumpamaan..
Dia kata…

“Sesungguhnya penabur benih pergi dengan membawa benihnya..Dia memenuhi telapak tangannya dengan benih itu untuk menyebarkannya..Dari benih itu ada beberapa yang jatuh ke permukaan jalan dan tidak lama kemudian ada burung yang mendekatinya dan meyambar benih itu..Dari benih itu ada juga yang jatuh keatas batu yang licin yan diatasnya ada segumpal tanah dan sedikit embun. Benih itu tumbuh hingga tatkala akarnya sampai ke permukaan batu, benih itu tidak menemukan ruang yang bisa ditembus. Dan….

..dan akhirnya tumbuhan itu mengering…ada juga antara benih itu yanag jatuh diatas tanah yang subur yang telah dipenuhi dengan semak samun yang berduri. Benih itu tumbuh..tatkala benih itu telah sedikit menjulang tinggi.semak berduri itu menyumbatnya..kemudian merusaknya dan akhirnya berbaur dengannya..

***(bagi yang ada belajar tentang ekologi atau persekitaran…pasti terbayang bagaimana sesuatu tmbuhan itu boleh memonooli sesuatu kawasan…untuk menjasi spesie yang dominant disesuatu kawasann..dan ana teringat pula dengan proses sesaran…bagaimana pada asalnya tumbuhan renek…kemudian kawan itu boleh bertukar pula dalam jangka masa tertentu kepada kawasan hutan….hah..tu bab biologi…nak info byk…bukak buku biologi plak..)

Dan ada juga benih yang jatuh diatas bumi yang subur..bukan diatas jalan, bukan diatas batu dan tidak terdapat semak yang berduri..benih itu tumbuh, berkembang dan memberi kebaikan..”

Sebenarnye perumpamaan penabur benih itu adalah seperti seorang ahli hikmah..

Perumpamaan benih adalah kebenaran yang disampaikan oleh ahli hikmah.

Perumpamaan benih yang jatuh di atas permukaan jalan adalah seperti seseorang yang mendengarkan ucapan ahli hikmah tersebut tetapi tidak bermaksud mendengarkannya maka tidak lama kemudian setan menyambar ucapan tersebut dari hatinya hingga membuatnya lupa .

Perumpamaan benih yang jatuh ke atas batu yang licin adalah seperti orang yang mendengarkan ucapan ahli hikmah itu..dia mendengarkan dengan baik,kemudian dia teruskan hal itu dalam hatinya yang tidak sedikit pun ada tekad untuk mengamalkannya sehingga ucapan itu terhapus lagi dari hatinya..

Perumpamaan benih yang jatuh ke tanah subur penuh dengan semak berduri pulakseperti seseorang yang mendengarkan ucapan ahli hikmah dan dia berniat untuk mengamalkannya tetapi ditengah2 perjalanan dia terhinggapi dengan shahwat yang merusakkan niatnya..

Akhirnya dia meninggalkan apa yang telah dia niatkan untuk mengerjakannya.

Dan perumpamaan benih yang jatuh ketanah yang subur bukan permukaan jalan, bukan batu licin dan bukan pada kawsan semak berduri adalah seperti seseorang yang mendengarkan ucapan ahli hikmah dan dia berniat akan mengerjakannya..lalu dia fahami kemudian bersabar dalam mengerjakannya dan menjauhi hawa nafsu ditengah2 perjalanannya.

Tuje dulu yang ana nak kongsi hari ni…panjang2 sangat tak boleh sebab nanti xdan nak memahami apa yang tersirat dan apa yang tersurat…

Tapi menurut Abu Abdillah…” Sesungguhnya tepat sekali perumpamaan tersebut. Ia tidak meninggalkan apa yang disukai Allah untuk menjadikan petunjuk dari sesuatu yang diajarkan oleh Nya kepada Hamba-hambanya..Sesungguhnya dia telah mendidik mereka untuk mendengarkan, memperhatikan..niat untuk taat, bersabar semasa menjalankannay dan menjauhi syahwat yang mengelincirkan dari ketaatan dan merosakkannya walaupun mereka itu masih tetap menunaikannya dengan anggota badan mereka”….

0 Comments:

Post a Comment

<< Home