Tuesday, October 17, 2006

-- ADAM & HAWA --

..........................
Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka,fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan Hawa

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan dariNya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan kecantikan
Kerana nantinya akan derita
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka akan liar
Kenalkan mereka dengan Allah,zat yang kekal
Itulah punca kekuatan dunia
Akal senipisnya rambutnya,tebalkan dengan ilmu

Hati serapuh kaca,kuatkanlah dengan iman
Perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situ nanti
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb
Bisikan ke telinga mereka
Bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman,ilmu dan akhlak ............mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Itulah hakikat,andai wanita tidak kenal RabbNya
Bila wanita menjadi derhaka
Pasti dunia lelaki menjadi huru hara
Lelaki pula jangan mengharapkan ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi,pimpinlah diri kepadaNya
Jinakkan diri kepada Allah
Nescaya jinaklah segalanya di bawah pimpinanmu
Jangan mengharapkan isteri semulia
FATIMAH AZ-ZAHRA
Seandainya dirimu

Tidak sehebat
SAIDINA ALI KARAMULLAHUWAJHAH
..................

0 Comments:

Post a Comment

<< Home