"Sebuah kehidupan.."
Bismillah...
Syukur padamu ya Allah..
...kau permudahkan kehidupanku..sehingga aku masih menemui hari ini sebagai peluang untuk terus memperbaiki diri...
Lama rasanya tidak mempunyai ruang masa untuk duduk melayari internet seperti saat ini..
tapi..Alhamdulillah...dalam kesibukan hidup..dalam dikelilingi perbagai dugaan kehidupan...nampaknya ana sempat ter'faham" satu perkara...yg mungkin boleh kita kongsikan bersama...
Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar… Bahawa jiwa kau tidak boleh lama2 menjadi REMAJA… Bak kata AL BANNA, ‘ tanggungjawab melebihi masa yang ada.’ Dan tarbiyyah yang bersalutlkan ILMU & CABARAN lah yang dapat MENDEWASAKAN kau… Tapi, cukupkah jika sekadar menerima tarbiyyah? Sampaikanlah pada yang lain… Bangunlah wahai SYABAB, Sedarlah wahai FATAYAT… Kita bukan memulakan perjuangan, Tapi kita adalah mata2 yang menyambung rantai perjuangan...
Ya...kita tidak remaja selamanya..tidak mendominasi sesuatu kawasan selamanya...perlu sedar sentiasa...kenapa kita hadir di dunia..mengapa ana hadir di dunia??...sampaikan..!!! sejauh mana keberkesanan yang aku telah cuba sampaikan....Ya Allah...lembutkanlah hati2 yang keras...bukakanlah hati2 yang tertutup...terangilah hati2 yang suram...hidupkanlah hati2 yang mati...
Ya Tuhan...permudahkanlah bagi anak didikku menerima ilmu akhirat.permudahkanlah mereka menerima ilmu dunia...beri kekuatan pada mereka untuk menggunakannya...memajukan diri...bakal menyumbangkan bakti...
Ya tuhan...Bantulah aku mengatasi kelemahan diri...moga apa yang cuba disampaikan dengan hati akan sampai dihati..
Dai'e ibarat tiram di laut ..
Dihiris pepasir tercalarlah ia ..
Sungguhpun terluka tetap dipendam ..
Sungguhpun pedih tapi tetap disimpan ..
Namun akhirnya dibalas mutiara syurga ..InsyaAllah..
Takbir...!!!
-imah83-
0 Comments:
Post a Comment
<< Home