Wednesday, October 17, 2007

@@-..SaTu_CeRiTeRa..-@@

Satu Cerita..

Bayangan demi bayangan
Terlakar jelas diruangan mata,
Gelaran demi gelaran..
Meniti bagaikan zikir dikala senja..

Semalam..
Tika tabir syawal tersingkap..
Tubuh tua terengah-engah..tercungap..
Tergagau di pinggiran jalan
Membawa bingkisan juadah kegemaran..

Menahan kereta sewa..
Merindukan gelak tawa cucu tercinta...

Wahai along, angah, alang..acuu...a...ah...entah siapa lagi..
Itulah sebenarnya yang saban hari dinanti..

Tapi apakah kerana..
Paku lantai rumah ibu udah berkarat…?
Dinding usang rumah ibu dah dimakan ulat..?
Terlalu rapuh dan goyah..
Untuk anak cucu berpencak silat...??

Dendangan irama kasih dan sayang..
Paluan gendang kerinduan dan pengharapan..
Mengiringi jurus seni..
Terjahan langkah gerakan hikmat perhatian..
Yang sumbang dalam persembahan..

Buah gerakan yang sudah mati..
Dibawah kelambu simpati..
Yang terkoyak ditengah..terburai ditepi..
Terbuang ...sepi..

Ku ingin terus bercerita...

Kaki situa yang lemah terus melangkah..
Dikala cik dara tinggi dan cik semput bermaharajalela..
Pandangan mata gelap..tiada daya..

Akhirnya
Si tua Terusung di atas strecher..

Hanya ditemani 2 malaikat..
Yang sentiasa setia mencatat..

Cadar putih.selimut putih...
Ah..si tua masih bernyawa lagi..
Termangu dipinggiran katil..
Matanya terkebil..

Apakah kau tahu betapa..
Mata itu memancarkan sinaran kasih..
Yang menanti secebis harapan..
Dari anak2 yang pernah dilahirkan..

Hai anak...!!
Hai anak..kepada seorang ibu...dengarkanlah...!!
Begitu sukarkah memberikan setitis perhatian...!?
Kasih dan sayang pada seorang ibu tua itu...yang ntah bila ternoktahnya kehidupan..??

Dia tidak meminta darimu..emas walau sebungkal..
Tidak pula ditagihnya intan permata..
Idak juga wang berjuta..
Cukuplah gambaran ucapan terima kasih..
Sebagai tanda dia tidak tersisih…

Dengarkan lah duhai anak..dia tidak pinta ungkapan..
Tapi ku ulangi..hanya satu ‘gambaran” ungkapan..
Sebelum kau terlupa syurga itu dibawah telapak kakinya…
Sebelum kau dianggapnya sebagai anak tak mengenang jasa..
Atau pun yang lebih sebak didada..
Maafkan aku sahabat..
Sebelum kau menjadi anak yang DERHAKA...

Dan aku..duhai sahabat...
Sekadar pemerhati..bukan penyeri..
Disuatu ruang sepi..
Kerana Aku hanya..
Sebagai penghuni sementara..
Wad terbuka...

Bukan aku ingin berlapik dalam ungkapan..
Tapi ini sekadar luahan perasaan..
Sebagai renungan...
Untuk kau dan aku..
Dimasa hadapan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home