Saturday, May 23, 2009

"Solat Subuh"

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)
Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Tuesday, May 05, 2009

Bersabarlah..

Dalam menyesuaikan diri dengan si kecil Danial yang amat disayangi..aku mulai belajar hakikat diri..Dalam sikapku yang kurang sabar, seringkali emosi mengatasi mendahului segala tindakan..aku perlu duduk sebentar menganalisa diri..

Oh tuhan..sukar benar mengalahkan bisikan-bisikan hati ini..

Si kecil yang bersih suci tanpa sebarang dosa baru mulai mengenal dunia..menambah saat demi saat umurnya di dunia..menambah akalnya dari hari ke hari..

Belajar mengaplikasikan emosi..menyampaikan kehendak semulajadi..
dari tangisnya..senyumnya..tawanya..ragamnya..malahan susu dan berak kencingnya juga..suatu proses yang baru bermula dalam kamus hidupnya..

Malah aku juga sedikit masa lalu pernah bergelar si kecil (walaupun besar saiznya)..
sebagaimana si kecil danial menguji kesabaran ibunya..begitu juga si kecil timah dengan ibunya..

Belajarlah bersabar wahai fatimah..dan terus bersabar..kerana setiap tindakan itu sentiasa dalam nilaian tuhan..dunia sekadar ibarat roda yang terus berputar. terkadang di bawah terkadang di atas....

"orang baru"

Bismillah walhamdulillah..

Syukur padamu tuhan atas setiap alunan desahan nafas yang kau izinkan untuk aku lagukan..sebagai tanda belum putus hubungan antara nyawa dan jasad..

Dua jantung yang berdegup dalam tubuh yang sama dengan denyutan yang berbeza..selama 9 bulan 5 hari..sungguh besar kuasamu Ya Allah..

Dengan izinmu jua zuriatku menjengah ke dunia..syukur yang tidak terhingga ya tuhan atas kurniaanmu..sungguh aku mengharapkan pimpinanmu dalam meniti detik2 dalam kehidupan ini..

Muhammad Danial Bin Mohd Roszi..dilahirkan pada 15 april 2009, Bersamaan 19 Rabiul Akhir 1430H.Hari Rabu 12.42 pg..

Tuesday, December 02, 2008

"Beban"


Melihat dunia dari kaca mata burung
Sudah pasti aku tak mampu.
Melihat dunia dari kaca mata manusia
Ah..terlalu kerdil jasad dan nyawa

Dalam usaha menanam cinta
Berbunga rindu berputik sayang..
Ikhlas mekar membuah setia
Prasangka disingkir ku tuai kasih..

Dalam mengejar sebuah kesempurnaan
Pasti tercalit seribu kekurangan
Dalam mengejar ingin membahagiakan..
Terasa diri cukup membebankan..

Singgah ku ke dunia melalui perjanjian..
Tak tertulis tak terjelas oleh lisan dan akal..
Namun ia tercatat dalam sebuah keabadian..

Oh tuhan..ku pohon tunjuki aku jalan..
Jelas lorong setiap keputusan..
Buta mataku tanpa pimpinan.
HaNYA mengharap pimpinan ar-rahman..

-imah 83-

Monday, November 24, 2008

"..Dimanakah Destinasi CiNtAku.."

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?

"Erti Sayang"

Dalam kursus induksi tempohari ada slot tajuk EQ oleh seorang pensyarah..
Dalam slot itu pelbagai falsafah yang diketengahnya daripada tokoh2 barat..
Pensyarah kemudiannya ada meminta ahli dewan membina falsafah masing2 dalam subtopik emosi yang sedang dibincangkan..

Ada beberapa falsafah rakan2 yang sempat dikongsikan bersama..
aku sempat juga mencoret sebuah kefahaman aku secara peribadi dlm bentuk falsafah waktu tu..
emosi yang aku pilih ialah "SAYANG"..
Kenapa aku pilih emosi ini??..kerana aku masih lagi mendalami apa itu erti sayang..
Terkadang ungkapan sahaja tidak cukup untuk menyatakan rasa sayang..tanpa tindakan yang membuktikan seperti apakah rasa sayang itu...Harta benda, material bukan lambang sayang..perhatian dan mengambil berat itu lebih berkesan..
Sesungguhnya apa yang kita lakukan yang tulus dari hati..pasti kesannya sampai pada hati..

Kta-kata itu...
"Kasih Sayang itu memerlukan keikhlasan. Rasa kasih dan sayang tanpa keikhlasan itu ibaratnya lidah tanpa tunas rasa..Indah sebagai hiasan tapi tak dapat dirasakan"

Mungkin ada yang tak bersetuju..its ok..pendapat masing-masing..

MM..ok kat bawah ni juga aku ada sesuatu untuk dikongsikan..
Kata pujangga...

Isteri terkadang bagaikan angin
Lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan
Adakalanya mereka seperti ibu
Menyaji kasih, menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak
Ingin dibelai, minta dimanjakan
Adakalanya mereka seperti nenek
Berleter seadanya, merungut semahuannya
Namun…
Teman kembara dalam kehidupan sementara ini
Bahagia dan derita suami sangat berkait dengan mereka.


Sebagai isteri..mudah2an Allah sentiasa memimpin hati aku agar sentiasa kukuh bertapakkan matlamat Mencari RedhaNya..dalam perjalanan menyelusuri kehidupan ini..
Moga Allah sentiasa memberikan aku kekuatan dan kesabaran dalam apa jua rintangan dan cabaran..amien..

Ya Allah, Selawat dan salam ke atas Muhammad dan Ahli keluarga baginda
Sekiranya aku lalai dlm tanggungjawabku sebagai isteri,
dan Sekiranya aku engkar dan derhaka terhadap suamiku,
maka Wahai Yang Empunya Maghfirah,
Kau ampunkanlah segala dosa dan kelemahan diriku.

Jadikanlah segala perbuatan2ku yang telah mengguriskan hatinya,
segala hak2 yang telah kuabaikan darinya,
sebagai penebus terhadap dosa-dosanya terhadapMu,
sebagai kurnia yang meningkatkan darjatnya di sisiMu,
dan sebagai tambahan kepada amalan2 baiknya kepadaMu,
Wahai yang menukarkan amal keburukan kepada kebaikan!(Surah 25,Al-Furqan:Ayat 70).

-imah 83-

Sunday, November 23, 2008

"Pregnant"

Ingin aku kongsikan dengan sahabat sekalian info yang aku dapat dari blog rakan dan dari pembacaan mengenai amalan semasa mengandung..bagi rakan-rakan yang sedang pregnant boleh la kita berkongsi input yang berguna..

satu perkara yang ingin aku kongsikan ketika mengalami pendarahan beberapa kali sepanjang mengandung.kali kedua berlaku pendarahan..tak banyak tapi cukup membimbangkan aku sebagai pertama kali mengandung anak sulung..rasa sayang membuatkan rasa bimbang itu membesar dalam diri..kalut juga..mungkin bagi orang lain ianya biasa..tapi tidak bagi aku..

Oleh kerana ketika itu bimbangkan aku ditahan lagi dalam wad..sedangkan keesokan harinya aku ada exam final yang belum selessai, aku memilih ke klinik swasta..terasa sukarnya mencari doktor wanita ketika itu..bergolak juga perasaan..bimbang yang tersangat bimbang.tuhan sahaja yang tahu apa yang bermain difikiran ini.hati aku tak putus berdoa kerana petang tu darah yang keluar agak banyak dan ianya darah hidup.

Pada awalnya ketika berjumpa dengan seorang doktor perempuan, dia maklumkan aku mengalami 'threatened abortion' iaitu kandungan terancam dan mengesyorkn aku ke bahagian kecemasan hospital kerajaan..kebetulan pula..klinik tu tak dapat nak buat scan kerana rosak..Tapi akhirnya alhamdulillah bila aku ke klinik yang lain,diperiksa oleh doktor maimunah..melalui ultrasound..hati ini lega melihat pergerakan kandungan yang begitu aktif.Alhamdulillah..apepun aku dinasihatkan agar tidak renyah membuat kerja, angkat benda yang berat atau berada dalam perjalanan yang jauh atau berjalan terlalu banyak..

apepun bagi ibu2 yang sewaktu dengan aku..anak itu rezeki dari Allah..segala ujian dan dugaan adalah bonus yang diberikan pada kita..pulangkanlah segala ketentuan padaNya..mudah2han itu ynag terbaik untuk kita..ingat Allah dalam setiap kesukaran..

kat bawah ni..antara amalan yang kita boleh sama2 ambil buat rujukan dan perkongsian.
Mudah2an anak2 kita kelak menjadi anak2 yang soleh dan solehah..amien.

1. Jaga amalan, dahulukan dengan yang wajib, solat lima waktu, puasa, sedekah, menjaga pengelihatan,gerak hati, berzikir... im referring to husband and wife. Allah menjadikan anak dari benih yang terhasil daripada keduanya. Walaupun anak di dalam perut ibu tapi sebagai suami harus ingat bahawa darah daging di dalam anak tersebut bermula dari percantuman keduanya. akan ada kesan rohani terhadap jiwa anak di dalam kandungan. During pregnancy usually badan Isteri menjadi lemah.Kadang-kadang jadi pitam pun ada.Sebagai suami selalu ingatkan Isteri dan jadi teladan yang baik. Pernah tak dengar ungakapan "Jangan mengharapkan Isteri seperti Fatimah kalau peribadimu tidak semulia Saidina Ali". Begitu juga dengan si Isteri, kuatkanlah diri...setidak-tidaknya pastikan yang wajib terlaksana.

2. Jangan menganiaya binatang. Kalau ada burung yang terkurung di dalam sarang lepaskanlah dan mohon keampunan daripada Allah. Biasa dengar ceramah, kalau kurung binatang takut-takut tidak dapat mengucap sewaktu skaratul maut...wallahualam. Kita selalu mendengar tentang perkara "Terkena kenan". Walaupun yang mengandung isteri tapi sisuami harus sentiasa beringat, bahawa ada pertalian yang diciptakan Allah antara ayah dengan kandungan yang berada di dalam rahim isteri. Subhanallah.... Nauzubillah, pernah satu kisah sisuami pergi berburu dihutan dan menembak kaki kera, bila anak yang dilahirkan menjadi tidak cukup sifat sama seperti perbuatan si suami terhadap binatang yang tak berdosa tue. Tak semestinya mengandung kalau tak mengandungpun jangan aniaya binatang. Banyak makhluk lain di bumi Allah nie.

3. Sedekahkan anak di dalam kandungan surah Al-Fatihah setiap pagi dan sebelum tidur, ini buat bekal rohani anak di dalam kandungan. Semoga menjadi anak yang beriman.

4. Banyakkan membaca Al-quran dan surah-surah pilihan seperti Surah Luqman, Yusof, Mariyam,Yasin, Fatihah dan At-Taubah. Terdapat juga ayat-ayat yang boleh diamalkan jika hendak mudah bersalin.

5. Perbaiki hubungan suami isteri, dan dengan ibu dan ibu mertua. Kalau selalu meninggikan suara semasa sebelum mengandung, elakkanlah dari berbuat demikian semasa isteri sedang mengandung. Ada ramai suami yang tidak faham keadaan sensetif si isteri semasa mengandung. Keadaan ibu yang sering tertekan akan menyebabkan kejadian kelahiran bayi pra-matang dan meningkatkan peluang ibu mengandung mendapat darah tinggi yang boleh menjejaskan anak secara langsung. Begitu juga hubungan dengan ibu mertua. Seeloknya elakkan sebarang konflik. Kepada sisuami juga jangan bersikap mengadu kepada ibu anda kerana ini boleh menimbulkan rasa berat hati ibu mertua kepada menantu. Jadilah suami yang berhikmah. Jangan juga menegur atau menceritakan tentang perubahan isteri anda dengan ibu mertua anda secara terbuka, kerana perkara tersebut mungkin sensetif kepada isteri anda.

6. Pantang larang orang melayu seperti jangan menggali lubang dan menimbus sesuatu dengan tanah, jangan duduk ditepi tangga, Jangan lilitkan tuala dileher, tidur selari dengan suami , jangan memancing ikan ,etc juga selagi mana ianya tidak menyalahi agama mungkin boleh dipertimbangakan. Kadang-kadang ada sebab munasabab disebaliknya. Tidak harus memperlekehkan dan menidakkan kata orang tua-tua... tapi seperti yang saya katakan timbang-timbangkanlah....

7. Jaga pemakanan, ada amalan yang boleh dibuat untuk mengelakkan anak dari kena sakit kuning, kulit anak cantik dan bersih, makanan yang mengalakan pertambahan air susu, setakat yang saya amalkan semasa mengandungkan dini dan panduan dari ibu mertua, Alhamdulillah banyak membantu keadaan anak,semasa mengandung dan semasa proses kelahiran. Kalau ada yang ingin berkongsi ilmu saya tidak keberatan...ada juga ubat hemopathy yang saya sarankan untuk ambil tapi terserah kepada tuan/puan, saya bukanlah orang yang pakar dalam soal ini.sekian..wassalam.segala yang baik itu datangnya dari Allah...

"Hidup berumahtangga"

Kehidupan selepas berumahtangga amat manis rasanya..terkenang soalan seorang sahabat yang belum berkahwin..

"Fathimah..apa part yang paling best kawen??"
Tersentak juga pada mulanya aku bila soalan sebegitu ditanya pada aku bagi seorang rakan yang tidak rapat dengan aku..

Tapi soalan itu mendorong aku berfikir..apa bezanya sebelum kawen dan selepasnya pada diri aku..

Dengan perlahn aku menjawab " ketenangan hati".
Ya..secara peribadinya itulah yang aku dapat rasakan.Bukan bermakna tiada keserabutan fikiran atau masalah dalam hidup..tetapi bezanya segalanya menjadi sesuatu yang tersusun untuk fikiran ini berfikir dan rasa tenang untuk hati menghadapinya..apatahlagi dengan adanya suami.biarpun jauh dari sisi dan pandangan..tapi segala kata semangat yang dikongsi..amat tak ternilai harganya..alhmadulillah..syukran suamiku yang dikasihi..

Kalau disebut bagaimanakah ciri-ciri isteri yang aku ingin contohi..pastilah seindah dan semurni akhlak dan peribadi puteri Rasulullah s.a.w..
Namun aku sedar aku bukan orang yang layak sepertinya..tapi aku ada azam untuk mencontohinya..mudah2an niat yang baik..diberi pertolongan dan dipermudahkan Allah jalannya dengan usaha yang bersungguh2..amien...
Yang bagaimana dinamakan sebagai isteri yang...

Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan ada kalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.
Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.


Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga.Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.


Sebagai seorang isteri tak ada yang lebih kuat dari cita-citanya menjadi isteri dan anak yang solehah..
Sebagai isteri juga yang hanya manusia biasa amat mendamba sokongan moral dan fizikal dari suaminya dan keluarganya..
Sebagai isteri..perlu selalu membesarkan rasa sabar dalam diri..
Perlu sentiasa belajar memahami seorang lelaki..yang tentu berbeza dengan fitrah wanita itu sendiri..bukannya mudah..

Namun sebagai seorang suami..perlu belajar juga bagaimana bentuk peribadi seorang wanita itu yang dia inginkan sebagai permaisuri hidupnya..
kesejahteraan dan kebahagiaan yang indah itu ada pada sikap saling faham memahami...
Bagaimana ingin memahami isteri??
Bagaimana ingin memahami suami??
Pokok pangkalnya ada pada usaha dalam peluang berkomunikasi dan pelajarilah dari oarang yang berpengalaman atau buku-buku ilmiah...bukan sekadar redha dan berserah dengan mengharap pertolongan Allah semata..
Sekadar peringatan buat diri sendiri...
wassalam...

Institut perguruan...

Alhamdulillah..
Dalam penantian menghabiskan kursus diploma pendidikan ini..akhirnya sampai jua ke penghujungnya..bukan belajar itu satu proses yang menjemukan..tidak!!malahan ianya sangat manis..tapi komitmen pda keperluan yang lain terkadang menyebabkan ia terasa perit..tak sama ketika menuntut di universiti..

pelbagai suka duka sering mengintai dan menjengah kehidupan sepanjang aku menimba pengetahuan dan pengalaman disini..terima kasih warga ipti atas sumbangan yang diberi.

Aku tak melakar sejarah disini..sekadar menumpang membina kefahaman diri untuk belajar menjadi pendidik yang mampu berbakti dengan berstrategi..

Setahun aku mengajar sekolah menengah tanpa mempelajari dengan jelas kaitan psikologi dengan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran..oh.tuhan..terasa semakin banyak yang aku pelajari..semakin jelas pada fikiranku..kesilapan-kesilapan lalu dalam menangani pelajar2ku dulu..andai masa boleh diputarkan kembali...

Namun aku mengharap dengan ilmu yang dicurah oleh para pensyarah dapat aku praktikkan dalam usaha menjadi pendidik yang "cemerlang" bukan sekadar mengajar tapi aku perlu menjadi seorang pendidik..aku tak pinta cemerlangnya aku diukur dengan prestasi2 jabatan...yang bagi aku terkadang dalam pelbagai perkara dalam dunia dipengaruhi oleh permainan politik..tetapi aku mengharapkan agar cemerlang itu dinilai daripada kesan pengajaran dan pembelajaran yang positif pada anak didik harapan bangsa, negara dan agama..


Sekarang aku masih dalam minggu kursus kissm..
duduk lama dalam dewan yang agak sempit dan panas sudah cukup membuatkan perut aku keras..namun tak mengapa..perlu bersabar..mudah2an kesabaran itu juga menjadi contoh pada anakku...sabarlah sayang..segala yang baik kau jadikanlah tauladan..mana yang buruk, jgn diikut... Ya tuhan..ya Rahman..perturunkan daripada kami segala yang baik pada zuriat keturunan kami..usahlah kau perturunkan segala yang buruk daripada kami kepada zuriat keturunan kami..berilah peluang pada kami memperbaiki diri agar hari esok lebih baik daripada hari ini..amien..

Friday, August 22, 2008

coret..

assalamualaikum..

Lama aku tak sign in dalam blog ni..banyak catatan yang aku corat coretkan dalam kertas..tapi tak dapat nak di taipkan buat paparan..masa begitu pantas..dalam keadaan terkadang aku seperti ingin meminta lebih waktu itu..ah..tak layak aku meminta lebih sedangkan aku yang tak mampu menyusun nya dengan sempurna..oh tuhan..betapa kerdil diri ini..

sukar untuk memahami diri...tidak terluah segalanya...

tidak akan keluar bunga dari kelopaknya..tidak ada bayi dalam kandungan yang tidak berada dalam pengetahuanNya...

ya Tuhan..
aku beserah padaMu..
Yang Maha Mengetahui...

Sunday, June 08, 2008

4 Watak isteri dalam Al-Quran..Yg mana jadi ikutan?

Dalam al-Quran, ada digambarkan empat jenis wanita yang bergelar isteri.

Pertama, jenis ideal isteri Musa. walaupun al-Quran tidak menyebut namanya, namun isteri Musa ini dikenali sebagai Safura anak perempuan Syuaib. Safura digambarkan seorang gadis murni. Dia tertarik dengan Musa. Cintanya kepada calon suami, tidak hanya demi kebahagiaan keluarga, iaitu membantu ayahnya. Al-Quran menggambarkan cinta mulia dan halus Safura melalui ayat 26 surah al-Qashash yang bermaksud:Salah seorang dari kedua wanita itu berkata "Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai"Dan sesungguhnya perkahwinan yang ideal ialah perempuan yang mulia serta setia berpasangan dengan suami yang kuat lagi amanah. Inilah pasangan romantis sebenar.

Kedua, jenis isteri Abu Lahab iaitu perempuan jahat berganding dengan suami terkutuk. Dalam surah al-Lahab ayat 3 dan 4 yang bermaksud:"Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar"Isteri Abu Lahab bernama Ummu Jamil tidak disebut dalam al-Quran. Abu Lahab memiliki akhlak buruk dan dikatakan pernah mencuri emas yang terdapat di Kaabah kerana tamak dan rakusnya.Isterinya pula seorang penyombong dan memiliki perasaan hasad dengki yang kuat. Jadi, tugasnya ialah pembantu setia kejahatan suaminya.Kalau Abu Lahab merupakan penentang utama terhadap nabi s.a.w, maka isterinya adalah pendorong utama yang turut aktif di dalam kegiatan jenayah suaminya.Jadi jika suami diumpamakan terbakar dalam kejahatan nafsu, isteri pula pembawa kayu api - iaitu pengobar kejahatan suami. Maknanya isteri aktif dalam kegiatan jahat suami.

Ketiga, isteri baik dalam genggaman suami yang jahat. Watak ini menyebut isteri Firaun sebagai contohnya. Walaupun Firaun melalui al-Quran merupakan seorang Raja Besar yang dikutuk Allah, namun isterinya disanjung tinggi dalam al-Quran.Isteri Firaun yang kononnya bernama Asiah ini juga tidak diberikan nama oleh al-Quran. Ia disebut sebagai "imraatu Firaun" atau perempuan Firaun sahaja.Walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan Firaun, namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu.Asiah menyelamatkan Musa, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Musa. Dia berkenan dan beriman dengan ajaran Islam yang dibawa Musa. Semua manusia dilingkungannya menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi dia diam-diam menyembah Allah.

Keempat ialah watak perempuan Nuh dan Lut. Isteri dua orang nabi a.s ini dinyatakan Allah melalui al_Quran surah at-Tahriim ayat 10 yang bermaksud:"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang salih di antara hamba-hamba Kami;lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun, dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya);"masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)"Isteri Lut kononnya bernama Wa'ilah, tetapi isteri Nuh tidak diketahui namanya. Namun kedua perempuan ini juga tidak disebut dalam al-Quran siapakah nama mereka.Keduanya adalah isteri kepada dua lelaki pilihan Allah, namun mereka disifatkan oleh Allah sebagai pengkhianat dan menjadi ahli neraka.Demikianlah gambaran watak isteri dalam al-Quran.

Wanita acuan Al-Quran??..Bisakah aku menjadi yang dicintai olehNya???

Bersabda Rasulullah SAW:“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut danharap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dannyawanya berakhir
Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasamembesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahalnilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuanganyang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit danbumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkanUntuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci JunjunganMulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi
Itulah…Perempuan acuan al-Qur’an.