Sunday, November 23, 2008

"Pregnant"

Ingin aku kongsikan dengan sahabat sekalian info yang aku dapat dari blog rakan dan dari pembacaan mengenai amalan semasa mengandung..bagi rakan-rakan yang sedang pregnant boleh la kita berkongsi input yang berguna..

satu perkara yang ingin aku kongsikan ketika mengalami pendarahan beberapa kali sepanjang mengandung.kali kedua berlaku pendarahan..tak banyak tapi cukup membimbangkan aku sebagai pertama kali mengandung anak sulung..rasa sayang membuatkan rasa bimbang itu membesar dalam diri..kalut juga..mungkin bagi orang lain ianya biasa..tapi tidak bagi aku..

Oleh kerana ketika itu bimbangkan aku ditahan lagi dalam wad..sedangkan keesokan harinya aku ada exam final yang belum selessai, aku memilih ke klinik swasta..terasa sukarnya mencari doktor wanita ketika itu..bergolak juga perasaan..bimbang yang tersangat bimbang.tuhan sahaja yang tahu apa yang bermain difikiran ini.hati aku tak putus berdoa kerana petang tu darah yang keluar agak banyak dan ianya darah hidup.

Pada awalnya ketika berjumpa dengan seorang doktor perempuan, dia maklumkan aku mengalami 'threatened abortion' iaitu kandungan terancam dan mengesyorkn aku ke bahagian kecemasan hospital kerajaan..kebetulan pula..klinik tu tak dapat nak buat scan kerana rosak..Tapi akhirnya alhamdulillah bila aku ke klinik yang lain,diperiksa oleh doktor maimunah..melalui ultrasound..hati ini lega melihat pergerakan kandungan yang begitu aktif.Alhamdulillah..apepun aku dinasihatkan agar tidak renyah membuat kerja, angkat benda yang berat atau berada dalam perjalanan yang jauh atau berjalan terlalu banyak..

apepun bagi ibu2 yang sewaktu dengan aku..anak itu rezeki dari Allah..segala ujian dan dugaan adalah bonus yang diberikan pada kita..pulangkanlah segala ketentuan padaNya..mudah2han itu ynag terbaik untuk kita..ingat Allah dalam setiap kesukaran..

kat bawah ni..antara amalan yang kita boleh sama2 ambil buat rujukan dan perkongsian.
Mudah2an anak2 kita kelak menjadi anak2 yang soleh dan solehah..amien.

1. Jaga amalan, dahulukan dengan yang wajib, solat lima waktu, puasa, sedekah, menjaga pengelihatan,gerak hati, berzikir... im referring to husband and wife. Allah menjadikan anak dari benih yang terhasil daripada keduanya. Walaupun anak di dalam perut ibu tapi sebagai suami harus ingat bahawa darah daging di dalam anak tersebut bermula dari percantuman keduanya. akan ada kesan rohani terhadap jiwa anak di dalam kandungan. During pregnancy usually badan Isteri menjadi lemah.Kadang-kadang jadi pitam pun ada.Sebagai suami selalu ingatkan Isteri dan jadi teladan yang baik. Pernah tak dengar ungakapan "Jangan mengharapkan Isteri seperti Fatimah kalau peribadimu tidak semulia Saidina Ali". Begitu juga dengan si Isteri, kuatkanlah diri...setidak-tidaknya pastikan yang wajib terlaksana.

2. Jangan menganiaya binatang. Kalau ada burung yang terkurung di dalam sarang lepaskanlah dan mohon keampunan daripada Allah. Biasa dengar ceramah, kalau kurung binatang takut-takut tidak dapat mengucap sewaktu skaratul maut...wallahualam. Kita selalu mendengar tentang perkara "Terkena kenan". Walaupun yang mengandung isteri tapi sisuami harus sentiasa beringat, bahawa ada pertalian yang diciptakan Allah antara ayah dengan kandungan yang berada di dalam rahim isteri. Subhanallah.... Nauzubillah, pernah satu kisah sisuami pergi berburu dihutan dan menembak kaki kera, bila anak yang dilahirkan menjadi tidak cukup sifat sama seperti perbuatan si suami terhadap binatang yang tak berdosa tue. Tak semestinya mengandung kalau tak mengandungpun jangan aniaya binatang. Banyak makhluk lain di bumi Allah nie.

3. Sedekahkan anak di dalam kandungan surah Al-Fatihah setiap pagi dan sebelum tidur, ini buat bekal rohani anak di dalam kandungan. Semoga menjadi anak yang beriman.

4. Banyakkan membaca Al-quran dan surah-surah pilihan seperti Surah Luqman, Yusof, Mariyam,Yasin, Fatihah dan At-Taubah. Terdapat juga ayat-ayat yang boleh diamalkan jika hendak mudah bersalin.

5. Perbaiki hubungan suami isteri, dan dengan ibu dan ibu mertua. Kalau selalu meninggikan suara semasa sebelum mengandung, elakkanlah dari berbuat demikian semasa isteri sedang mengandung. Ada ramai suami yang tidak faham keadaan sensetif si isteri semasa mengandung. Keadaan ibu yang sering tertekan akan menyebabkan kejadian kelahiran bayi pra-matang dan meningkatkan peluang ibu mengandung mendapat darah tinggi yang boleh menjejaskan anak secara langsung. Begitu juga hubungan dengan ibu mertua. Seeloknya elakkan sebarang konflik. Kepada sisuami juga jangan bersikap mengadu kepada ibu anda kerana ini boleh menimbulkan rasa berat hati ibu mertua kepada menantu. Jadilah suami yang berhikmah. Jangan juga menegur atau menceritakan tentang perubahan isteri anda dengan ibu mertua anda secara terbuka, kerana perkara tersebut mungkin sensetif kepada isteri anda.

6. Pantang larang orang melayu seperti jangan menggali lubang dan menimbus sesuatu dengan tanah, jangan duduk ditepi tangga, Jangan lilitkan tuala dileher, tidur selari dengan suami , jangan memancing ikan ,etc juga selagi mana ianya tidak menyalahi agama mungkin boleh dipertimbangakan. Kadang-kadang ada sebab munasabab disebaliknya. Tidak harus memperlekehkan dan menidakkan kata orang tua-tua... tapi seperti yang saya katakan timbang-timbangkanlah....

7. Jaga pemakanan, ada amalan yang boleh dibuat untuk mengelakkan anak dari kena sakit kuning, kulit anak cantik dan bersih, makanan yang mengalakan pertambahan air susu, setakat yang saya amalkan semasa mengandungkan dini dan panduan dari ibu mertua, Alhamdulillah banyak membantu keadaan anak,semasa mengandung dan semasa proses kelahiran. Kalau ada yang ingin berkongsi ilmu saya tidak keberatan...ada juga ubat hemopathy yang saya sarankan untuk ambil tapi terserah kepada tuan/puan, saya bukanlah orang yang pakar dalam soal ini.sekian..wassalam.segala yang baik itu datangnya dari Allah...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home