Saturday, April 21, 2007

"PeRjUaNGaN DaLaM DiAM..??"

Perjuangan
Terlalu luasnya sebuah pengertian..
Terkadang ia dirasakan boleh..
Dijadikan panduan dan pendorong semangat..
Tapi terkadanng bimbang tindakan tersasar..

Perjuangan
Berbeza bagi setiap manusia..
Jalan fakir dan analogy yang tidak sama,
Menyebabkan tindakan tidak terlaksana..
Menanti satu keseimbangan meredah masa..
Sehingga pergertian yang didamba..
Membuah kepada penangguhan yang tanpa akhirnya..

Pejuang..
Kadangkala taksub dengan semangat juangnya,
Terkadang kelihatan ekstrim dalam tindakannya,
Memusuhi tindakan melambatkan kerja,
Kerana baginya itu pencuri masa..

Namun..
Dalam perlbagai tuntutan perjuangan,
Pastikan berbalik pada yang asal,
Niat dihati dan panduan tuhan,
Pasti dinanti agar tak tersesat haluan.

Pejuang,
Kadangkala pemerhatian diiringi pengertian,
Pengertian diikuti dengan gunakan fikiran,
Bukan berdiam bererti merelakan ,
Bukan meluah bererti tidak tertahankan,
Dalam semangat membakar,
Umpama api didalam sekam,
Bimbang amarah mengatasi sabar,
Mudarat besar muncul dalam diam,
Akibat terburu dalam tindakan,
Dalam usaha membuktikan pejuang tidak perlu berdiam..?

Ya tuhan
Berikan kami kekuatan,
Kepada pejuang2 islam..
Agar pandangan mata hati kami gunakan,
Dengan panduan maha pencipta alam,
Huraikanlah tauladan dari pengalaman,
Agar tidak kami ulangi kesilapan..

Ya tuhan
Bersihkanlah hati para mujahidahmu
Dari prasangka,
Jangan biarkan yang hitam terus berjelaga,
Mempalitkan mengotori hati yang seharusnya,
Bersih untuk meneruskan perjuangan,
Junjungna mulia,
Muhammad rasulullah .
Takbir..!! Allahuakbar..!!!

-imah 83-

0 Comments:

Post a Comment

<< Home