Sunday, August 26, 2007

Menjadi yang Soleh @ Solehah?

MENCARI ATAU MENJADI?

Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya? kata seorang mahasiswi.

Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!? tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah.
Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita para benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Dan jika kita bertemu dengan seorang yang berjubah, brserban atau berkopiah...adakah dia akan kuat bertahan dengan imej dan kezuhudannya???..mudah2han...tapi..

mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri atau suami buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna.

Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa! Dulu kluang man, lepas tu...???!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian.

Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah.

Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal.

Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah?
kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan.

Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan itu?walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan?kerana kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Thursday, August 23, 2007

^^ Rebah_Tersungkur ^^

Bismillahirrahmanirrahim..

Ingin aku mengatakan diriku kuat biarpun terkadang sering tersungkur oleh gelodak perasaan yang mengalahkan daya ketahanan..benteng emosi….

Bukan senang membentuk anak orang…apatah lgi anak sendiri agaknya…
Banyak perkara yang terkadnag kita tak menyukainya dan tak ingin ianya berlaku pada diri..tapi itulah yang terbentang dan terjadi dalam kehidupan ini…sesungguhnya manusia merancang..Allah merancang..dan perancanagn Allah itu adalah yang paling hebat….


Masih lagi segar dalm ingatan mesej yang biasa diforwardkan oleh sahabat2…kadangkala kita inginkan matahari…tapi Allah berikan kita hujan…ada kalanya pula kita inginkan hujan..tetapi Allah berikan kita pula pelangi yang indah….

Apepun yang pentingnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya…dan sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang..berbaiksangkalah sentiasa pada Allah..mudah2han ada rahmat disana..ada hikmah yang tersembunyi didalamnya…yang bakal tersingkap suatu hari nanti …

Dan dapat membesarkan lagi rasa bersyukurnya seorang hamba kepada tuhannya…

to be continued...

-imah 83-

""KeRaK Nasi..""

Bismillah....

Keras..
Orang kata..perempuan umpama kerak nasi..
Ada orang kata..buah keras boleh melebatkan rambut…
Ada orang pulak kata sedangkan batu yang keras boleh lekuk dek titisan air…
Dan yang pernah sampai kat telinga aku…zikrullah boleh melembutkan hati…
Maksiat pula boleh menggelapkan hati..
Kalau Allah dah tutup hati seseorang…tertutuplah hati dari mendengar segala yang baik…susah nak merubah keadaan….hati yang hitam ini pun..aku dengar boleh keraskan hati sebab dek tak dibasuh2 dan dibersihkan…
Banyak pula bila nak sebut hal2 bab keras ni…
Ya lathif…ya lathif..ya lathif..ya lathif..ya lathif..ya lathifu ya lathif….
Allahulathifumbii’badihi yarzukumaiya syak wahual azizulghofur…
Sorang ustaz tu pun penah bagi ayat ni …pun untuk bab keras2 ni…tapi dalam bab tu kira bab hati la…bab kepala keras…hempuk kat dinding je..xlarat nak komen…
Tiup kat ubun2..tiup kat angin lalu..tiup kat nasi…tiup kat ayor minum…dan sebagainya yang sepatutnya…yang penting jangan ludah udah la…
Tapi bab keras hati campur kepala bebudak sekolah aku ni…emm…ntoh la yer…ego yang tinggi…menyimpan marah dalam hati..dendam dibiarkan terus menyala…tak dibasuh pula…disuruh mengaji pun lari…macamana ye nak lembutkan hati mereka…
Ya allah berilah aku panduan.bukan meminta mereka menyedari kehadiran guru2 disini…cukuplah kesedaran yang tinggi…pada mereka…untuk melakukan setiap hal untuk redhaMu…Ya allah aku hanya ibarat angina lalu yang cuba untuk mengeringkan helaian baju yang basah…aku hanya boleh menyubangkan sedikit sahaja..berbekalkan kekuatan yang dikurnia olehMu…Ya allah..lemahnya hambamu ini…kasihanilah aku….

-imah83-