## KeiNgiNaN ##
Wahai pejuang2 harapan…
Apakah lagi yang kau mahukan..
Buntu sudah fikiran…
Terigat aku sebuah kata..
Tatkala aku dimarahi oleh soerang teman…
Apakah patut aku membuat bidalan..
Atau perumpamaan ..yang menggunakan haiwan??
Ya..
Allah tidak memcipta untuk sia2..
Semua alam tercpta bukti kekuasaan....
Bagi orang beriman yang berfikir berasaskan keimanan…
Lembu tidak bisa memahami sebuah perkataan..
Namun bisa memahami sebuah tindakan dan arahan..
Biarpun dengan isyarat anggota badan…
Tapi tatkala lembu biarpun dibawa ke sungai..
Dipaksa menelan air..tanpa KEINGINAN..
Bukan mudah dan senang..
Tapi seandainya kucing…
Ditayangkan ikan di hadapan mata..
Terkecur liur menahan selera..
Tatkala terkurung..ia bingung..
Namun sendainya ia bebas..
Tanpa isyarat mahupun arahan..
Pasti dimamahnya sang ikan..
Mengapa??
Kerana disitu ada KEINGINAN..
Mungkin terlalu aku menggunakan ungkapan..
Membuat pengibaratan dengan haiwan..
Tapi bukanlah niatku ingin merendahkan..
Taraf akal manusia yang diberi tuhan..
Memberi beza..
Tak serupa dan tak sama..
Menuntut ilmu itu bukan mudah..
Natijah didamba hasil usaha..
Usah menyalahkan kesukaran mendaptkannya..
Jika kau tak sanggup berkorban untuk mendapatkannya..
Sebagai guru…
Aku hanya mampu..
Berusaha sebagai aku seorang guru..
Hasrat sekadar untuk membantu mu..
Tapi seandainya ada kekurangan dalam penyampaian..
Kumohon kau lakarkan sebagai sebuah teguran..
Sering hati terguris..
Oleh tingkahlaku yg tragis…
Namun ku tahu…
Kau remaja..
Yang masih mentah..
Tak matang berfikir sendiri…
Dek kerana masih mencari IDENTITI diri…
Ku mohon tuhan..
Berikan ku kekuatan..Amin…
0 Comments:
Post a Comment
<< Home