Monday, November 26, 2007

SaYoNaRa..

Mystus Nemurus
*******************
Kampung Sungai Kapal,
81600 Pengerang,
Johor.


MDTZATH
Selangor.

PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI TENAGA PENGAJAR
Tuan / Puan,

Berikutan perkara di atas, saya MystusNemurus 831120016320 meletakkan jawatan sebagai tenaga pengajar di MDTZATH pada 26 November 2007 diatas sebab-sebab yang tertentu.

2. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang yang telah diberikan kepada saya untuk belajar dan menimba pengalaman di sini. Saya ingin memohon maaf atas kelemahan dan kekurangan sepanjang menjalankan tanggungjawab serta tugas di MDTZATH ini. Moga MDTZATH akan bertambah Gemilang dengan kecemerlangan akademik, sahsiah dan lebih unggul pentadbirannya pada masa akan datang. InsyaAlllah..Amien.

3. Kerjasama daripada pihak Tuan / Puan saya dahulukan dengan jutaan ucapan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“MAJULAH ISLAM UNTUK NEGARA”
Yang benar,


(MystusNemurus)

Thursday, November 22, 2007

AdiKku..SaYaNg..

Perpisahan terjadi lagi…
Dan aku masih disini…

Dik..
Kata-kataku mungkin berapi…
Pedas ditelinga perit dihati..
Tapi itu tak sama hakikat yg tersirat..
Kerana ia tidak tersurat..
Marahku bukan kerana benci…
Mungkin kerana harapan yg terlalu tinggi..

Sedih dan tangisku bukan kerana terasa hati..
Tapi seperti yang telah aku ungkapkan…
kerana hati ini terlalu sayang dan kasih..

Ya Allah tuhan semesta...
kupohon yang terbaik untuk mereka..
untuk dunia dan akhiratnya…
beri kejayaan dan kecemerlangan untuknya…

Maafkan aku dik..
Diatas segala kekurangan…
Aku bukan contoh terbaik…
Malah yang layak hanya nabi junjungan..

Aku tak mengharap kau faham…
Kerana dengan begini…
mungkin aku lebih tenang…
Dan matang..

Dik…
Selagi bisa…
Kuberikan…
Akan ku gagahkan diri..
Berikan yang terbaik untukmu…

Selagi bisa aku menjaga hatiku…
Selagi ada dayaku…
Mengalahkan pujukan nafsu amarahku…
Akan hilanglah sisa terkilan didalam dadaku..
Kerana marahku bukan percuma..
Namun bukan untuk memaksa..
Sekadar penekanan..
Untuk masa hadapan..
Kerana Ku cukup bimbang andai kau tersilap perhitungan.

Ketahuilah..
Telah kuhalalkan segalanya untukmu…
Telah kumaafkan segala silapmu di setiap penghujung malamku….
Agar aku bisa tersenyum kembali..
Keesokan hari..
Tanpa prejudis didalam hati…

Lakaran bisu….-imah 83..