Sunday, December 30, 2007

"PoKoK PiSaNG"

**Makcik Mariah – seorang wanita 40-an..mempunyai 3 orang anak, mempunyai seorang suami..dan menjual makanan sebagai sumber pendapatan sampingan..

**Mak mah – seorang wanita lewat 50-an..sudah agak berumur.. Surirumah..telah kematian suami..

Situasi – di kebun2..

Pada suatu hari..makcik mariah yang mecari pendapatan hariannya secara menjual makanan dan sarapan pagi seperti kebiasaan membeli barang keperluan untuk menyediakan bahan2 untuk membuat jualannya untuk pagi esok..dengan senang hati..petang itu makcik mariah santai menunggang motor kapcainya untuk berulang alik ke kedai dan kadang singgah kerumah-rumah jiran untuk mmerapatkan lagi silaturrahim..mulutnnya sentiasa ramah..tak hairan jika dia dikenali ramai..hidupnya tidak berapa senang tidak pula berapa susah..alhamdulillah cukup makan dan pakai..

(…iklan sebentar…suara latar bergema…)

Situasi kampung memang begini..hubungan antara jiran boleh dikatakan akrab.apatahlagi pada zaman atuk nenek dulu2..sudah pasti lebih banyak keharmonian dan kemesraan antara penduduk yang dapat kau dan aku lihat..

Zaman sekarang lebih kepada nafsi-nafsi..kau sendiri aku sendiri..kau gembira, aku tumpang sekaki..kau bahagia..aku jeling2 tumpang iri hati..huhu..jangan ada pula yang sakit hati kalau aku tulis begini..

(..iklan tamat..suara latar diam..lampu sorot malap..)

Suasana rumah mak mah riuh rendah..kepulanagan anak-cucu cukup membahagiakan hati biarpun terkadang keletihan melayan keletah masing-masing..mak mah memang rajin orangnya..tak suka rumahnya bersepah…tidak gemar lantai rumah berpasir..pandai memasak..pandai berkraftangan..menjahit dan bermacam-macam lagi..pokoknya mak mah memang acuan orang zaman dulu yang dilatih untuk berusaha sendiri membina kehidupan dalam keadaan kekurangan serba serbi..

(..iklan lagi..huh..sungguh membosankan…Suara latar bergema kembali..)

pasti terasa bosan dihati..apa kaitannya mak mah dan makcik mariah…ek..
aku merepek kejap je tadi..(merepek ada maknaaa tu..)
okla..si makcik mariah ni dalam pusing2 kampung tu ..lada, bawang, ikan bilis..ubi kentang..tepung..tu semua dan beli kat kedai..tapi almaklumlah..kalau berjualan di kampung ni..mahal sikit..orang tak nak beli..jual murah..perut anak2 pula tak terisi..habis untuk balik modal je..tp untungnya kat kampung banyak yang boleh dapat free..setakat nak bungkus membungkus tu..
daun pisang pun selalu melambai minta dikerat..daun pandan pun senyum melambai2..daun kelapa melempai2..serai berjoget2..lada melonjak riang..terkadang berbaju merah..terkadang berbaju hijau..

Pendek kata..tak rugi berbudi pada tanah..teringat pula aku pada bab yang aku belajar sekolah agama darjah enam dulu..tajuk menghidupkan bumi yang mati..keutamaan dan penekanannya..

Oleh yang sedemikian..makcik mariah ni pun selalu menggunakan hasil alam semulajadi…tp yang tak sedapnya tak pula tanam sendiri..tapi mengambilnya dari kebun orang..
Sekali fikir..macam bagus dan betul tindakan dia..kenapa??
Yelah..kelapa kat kebun orang bersepah2..dia tolong pungut bawa balik..lapang kebun orang..tak payah susah2 nak bersihkan..
Kalau ada pokok pandan yg membiak sangat, adalah orang yang trim free2..
Kalau ada pokok kelapa yang rimbun sangat..ada orang boleh tolong kait pelepahnye..
Kalau ada pokok pisang yang dan berbuah..takla mati macam tu aje..ada orang tolong guna mana2 yang patut..buat bungkus kueh ke..bungkus nasi ke..jimat kos jualan..
Alhamdulillah..boleh buat tolong2 perbelanjaan..terima kasih pada tuan2 punya kebun dan pokok2 serta tanaman…

Ape2pun..orang memberi kita merasa..orang berbudi kita berbahasa..

Alkisahnya mak mah ni jenis tak kisah juga sebenarnya…ala biarlah ..adat berkampung..lagipun bukan aku pakai pun daun pisang tu..macam tu juga denagan orang lain ..ala kalau tak di ambik pandan, kelapa tu..nanti membazir aje..sebab aku bukannye guna hari2 ponnn…

Tapi pada satu hari..yang sunyi..mak mah ternampak satu lembaga (orang sebenarnya) di belakang rumahnya..sedang terbongkok-bongkok di suatu sudut kebun..eh..siapa pulak la tu..
Setelah diamati..oh si mariah rupenye..buat apa pula tu??ambil daun pisang?eh tak cakap pula..ahh..takpela..aku pun tak guna daun tu…

Pada suatu hari yang lain pula…mak mah..!!mak mah..!!oo..mak mah..mak mah menjenguk keluar..eh..cuba kau tengok belakang rumah kau..ada orang lelaki tu..dia buat apa kat situ??
Mak mah berdebar kehairanan..masing2 mengintip mengintai siapa kat belakang rumah mak mah..eh..tu suami nya si mariah tu… Oooo..ambil daun pisang kot..em..tak cakap pula nak ambik..tapi tak pela…biar la dia ambik..

Tiba2 dihari lain pula..mak mah turun membersihkan kebunnya..eh..pokok pisang aku..!!mak mah menggosok mata..ni pokok pisang..bukan pokok kelapa sawit..pakai tarah pelepah sekali..pokok ni bukan aku nak kasi mati..ambil daun takpa..tp jangan sampai nak bunuh pokok aku..walaupun pokok ni sekadar pokok..tp aku yg tanam..mak mah termenung sebentar..

(…lagu iringan bergema memenuhi ruang…)

Itulah kampung namanya..tapi aku sebagai orang luar ingin bincang2 kosong..
Memng la boleh..masa aku belajar kat darjah satu,dua dan tiga sekolah agama petang2 tu..adala ustazah tu ajar aku subjek adab..adab menziarahi..adab nak masuk rumah orang..adab dengan orang tua,orang muda, orang yang dalam kenderaan dengan orang jalan kaki..dan bermacam2 adab lagilah..pokoknya..kalau nak pinjam barang orang pun adabnya.nak minta ambil hak orang pun ada caranya..adab sopannya..iaitu..minta izin…

Dan kena ingat..sekali minta izin..sah untuk sekali ambil je..lainlah masa ijab kabul tu dan jelas kata seumur hidup atau sampai habis atau sebagainya..aku tak arif bab agama..kerana aku masih dibawah umur (“).huhu.. tp itu setakat jahil aku nila..kalau aku salah, kamu semua yg bace..wajib tegur aku..

Hmm..aku Cuma pemerhati dari jauh..orang kampung biasanya kaya adab sopan..tak heran kalau berlaku dibandar..aku tak kata orang bandar tak da adab sopan…mintak maap.aku silap kalau ckp begitu.orang semua sama…ada buat silap..selagi manusia bernama manusia..tp bandar dan kampung..bagi aku..tetaap ada beza!!

Moga kita sama2 berusaha menjadi lebih baik dari hari ini ye..sama juga macam makcik mariah dan mak mah..kita taknak la pula amalan tolong menolong..saling kerjasama jd rosak.takut pula dari mula2 ikhlas..timbul pula jadi tak ikhlas dan bergaduh antara satu sama lain…ye tak..?kome kate tak iye pun..xpe..

**bukan nama sebenar..

Sunday, December 23, 2007

Ayah..

ayah...
ingin aku meluah rintihan hati..
betapa aku rindu padamu..

Disaat ini..
ingin aku berada dekat disisimu..
ingin ku dengar gurauan nasihatmu..
ingin ku dengar harapan2mu..
ingin ku dimarahi olehmu..
Ya Allah..ku selalu ingin..dan menginginkan..

Namun ku masih sedar..
masih waras..untuk menyedari..
bahawa aku hnya dapat membayangkan..
mengharapkan kehadiran..
memutar kembali sebuah demi sebuah kenangan..

langkah kaki ini kian perit..
meneruskan langkah meredah kehidupan..

ayah...
imah sayang ayah..
imah rindu ayah..
ya Allah..
ampunkan dosa ayahku..
tempatkannya dikalangan orang yg beriman..
Lapangkan kuburnya..
terangi persemadiannya..
jauh kan dia dari siksaan kubur..
kasihanilah dia..sebagaimana dia mengasihaniku..
sewaktu aku masih kecil...
amien..

ayah..
aku masih ingat..
tatkala aku tidur di pojok rumah..
kau terkadang ibu..
menyelimuti anakmu ini..

dikala embun pagi menitis..
dikala insan lain bermimpi indah..
derapan langkahmu..menyedarkan aku..
berkeriut lantai papan rumah kita..
bergegar dinding papan rumah kita..
kerna tamparan pada nyamuk2 liar..
yang sempat mengganggu anak2mu..
dan kala itu..
bergugur kapur penyumbat dinding rumah kita..

ayah..
adakah kau tahu..
ketika itu aku tidak tidur..

Hari ini ayah..
rumah kita semakin dimakan anai2..
tatkala hujan..titisannya menerjah masuk..
pecah dan sompek memakan masa untuk kami baiki..
bukan kami tidak mampu untuk menjaganya..
cuma aku terkenang suasana kehidupan ketika bersamamu..
berbeza sungguh kehidupan ini tanpamu ayah..

ayah..
ku masih ingat..diwaktu subuh..
terkadang di tengah malam..
deruman enjin kapcai tua itu..
mengganggu tidur yang lena..
aku masih terbayang..
terkadang ibu terlena..
kau menepuk dinding rumah..
aku terjaga sama..

kau dengan baju jaket hijau "Big Egg"..
tersenyum biarpun letih..
tidur sebentar menjana tenaga..
kerana diawal pagi..
kau kembali menghamba diri disungai lepau..
mencari rezeki untuk kami semua...

kau tahukah..
tiap kali ujian /exam di sekolah agama..
ada hafazan juzuk 30 quran yang menjadi tugasan..
aku lancar menghafaznya..
kau tahu kenapa..?
bukan sengaja aku menghafalnya..
tidak lain kerana bacaan solat subuh ayah "terlalu" kuat..
mengganggu tarikan malas selimutku..
menyentak lena menyekang mata..
terima kasih ayah kerana menjadi contoh pada anakmu..

oh..tuhan..terlalu banyak kenangan..
tak mampu aku lakarkan dalam bentuk tulisan..
berat mata ini..
sebak hati ini..
sakit kepala ini..
kerana aku sangat2 merindui..

Ya Allah Redhalah pada ayahku..
Janaganlah kesilapanku..
dikaitkan dengannya..
Dia telah menunaikan tanggungjawabnya padaku..
cuma aku..
terkadang sudah tahu tapi masih begitu..
Ampunkan dia Ya Allah..Ampunkanlah...

Friday, December 21, 2007

"Kontraktor KaMpUnG "

Pentas ini sekadar pentas dunia..
Adakah berbaloi kelelahanmu..
Ruang Rakaman ini hanya sementara..
Masihkah kau merasakan kau juara..

Pangkat harta bukan segalanya..
Untuk Kau rasa Kau sentiasa benar..
Untk merasa kau xperlu berundur..

Masuk kandang kambing mengembek..
Masuk kandang lembu mengembu..
kampung bukan bandar..
Bandar bukan kampung..

Kau perlu mengerti...
Tidak semua manusia..
sekadar memandang harta dan benda..
Tapi masih Ramai yang belum mati..
Untuk menilai hati, budi dan pekerti..

salam buat kontraktor jalanan sk..
Moga kau telus dalam melakukan tugasan..
sebagai insan kepada insan..

aku bukan bermadah..
sekadar meluah..

Monday, December 17, 2007

ReNuNGaN..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah.Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?", tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini,bagi melepaskan kemarahan mu," jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruhdia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari,dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata,
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku,tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.


"Maafkan ana sekiranya ana pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati antum semua".

Sunday, December 16, 2007

Pemilikan Baru..

Pemilikan..oh pemilikan..
Pemilikan apakah itu..
Yang dengannya meminta pengorbanan..dan kerelaan..
Tanpa paksaan..

Pemilikan..hai pemilikan..
Perlu dihadapi dengan persediaan..
Bukan ianya satu rampasan..
Tapi sekadar sebuah pemilikan..
Penukaran tangan..
Hak atasan..

Memiliki..
Salah satu dari rukun pemilikan..
Semoga tidak rakus atas nama sebuah pemilikan..
Semoga akan menjaga harta pemilikan..
Mengurus dana pemilikan..
Agar ia tidak meliar..
Terbiar..
Menjadi tarikkan alam kemudian.
Menjadi sebab berkunjung..
Bukan tersanjung…

Palitan hitam..
Ke neraka jahannam..

SubhanaAllah..
Nauzubillah..

-imah 83..

Thursday, December 13, 2007

KaStA BaWaHaN..

Jalan itu sempit..adakah kau tahu.??
Masa itu sedikit..pedulikah engkau tentang itu??
Kesempatan itu luas..andai kau bijak menilai..
Antara hak diri dan hak pencipta..
Yg manakah perlu didahulukan??
Disaat waktu ia menjadi ujian..
Mempertimbangkan sebuah keutamaan??

Aku hanya mampu berteriak dalam diam..
Lantaran aku di'kasta' bawahan..
Sedangkan kau di 'kasta' Atasan..
Lisanmu benar usah dipertikaikan..
Dek ego yg kau pertahankan..

Hati ini tersinggung..
Namun masih dapat dibendung..
Emosi ini terusik..
Tapi aku masih kasih..
Kerana aku memang sangat kasih padamu..
kuterima satu hakikat..
mungkin di hari ini kau tersilap..
Moga diberikan petunjuk..
Oleh tuhan..
Yang Maha pengampun maha penyaynag..

aku tahu kau bukan yang seperti itu..
mungkin kesilapan ini..
menjadi renungan..
untuk memperbaiki diri..

Amien..Ya Allah Berikan aku kekuatan..
melepasi dugaan dan cabaran..

-imah 83-

Wednesday, December 12, 2007

..BuAt RaKaN-RaKaNku kelas RAA Dan JauHaRi..SPM 2000..

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lainsaya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak sayaterutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir.."Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelakkalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya.

.Satu hari saya dengar ceramah..Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosadan saya kena brubah..Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..ade yang siap wat mksiat lg..pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwangjanji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..c
uma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.

sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamumenasihati kaum yang Allah akanmembinasakan mereka atau mengazab merekadengan azab yang amat keras?" Merekamenjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple.."COUPLE HARAM"
Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..macam betul pulak..huhu~~
tapi biasala..kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..S
aya pun buat tak tahu pasal benda tu..dan teruskan saja hubungan kita..kita tak buat maksiat..Kita jalan-jalan pegang tangan..tak jiwang-jiwang..

Cuma saling ambil berat..Tanya khabar..Borak-borak..
bagi tzkirah lagi..Apa yang haramnya dengan benda ni?Tak kisahlah..
Masa terus berlalu...Masa ni dah nak dekat Trial SPM..lagi tiga minggu sebelum trial..dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..buat study groupPada masa yang sama, bagi tazkirah..Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahu

Kadang-kadang bila tegur..saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannyaada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~

Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamumelupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir.."Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yanghak dengan yang batil dan janganlah kamusembunyikan yang hak itu, sedang kamumengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan.."Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kaudengan kami..tegur orang konon.."
Berfikir sejenak..Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayahtahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..
Dalam perjalanan ke seminar tu..saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

******
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiriLagipun kami semua penat..takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..pihak penganjur pun faham..Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.

Tapi saya tragak-agak.."Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nakbuat macam mana? Aku kena clash ke?Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalautak buat salah, apa nak ditakutkan?"Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikitboleh?""Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?""Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorangkawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya.."Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?""Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah."Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baikperbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"Betul juga katanya.

Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple..""Zina hati?" Saya menduga."Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu.

Brother tu jwb.."Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."Saya trdiam lagi."Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri.

"Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram."Jadi apa saya nak buat bang?""Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu.""Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?""Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir.."Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"Saya cakap.."Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"Saya ingat nak lari la.

Lalu dia jawab.."Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga."Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup.""Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan.""Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.."Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya".

Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.."Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu, Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..-Yang Terakhir- "
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.Saya takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-lamanya.

(Diambil Dari Blog nuruldiyana)

Saturday, December 08, 2007

Kenduri kawen..

Disuatu hari..
Menghadiri..walimatul urus..
Kira Sepupu sepapat..
Tak terlalu jauh..
Tak juga terlalu dekat…

Dari kejauhan..
Ramai taulan bertandang..
Menunjuk muka..
Merapatkan sirat..
Antara insan..

Dalam menyusun langkah..
Disambut alunan nyanyian 60-an..
Disambung pula 70-an..
80-an..dan 90-an…
Bersilih berganti lelaki dan perempuan..
Hati berubah menjadi rawan..
Risau tersilap arah langkah yang diaturkan..

Nasi minyak dihidang.
Bersama ayam sambal, daging rendang..
Dan pelbagai lagi perihal santapan..

Musik terus berkumandang..
Sementara menantikan baginda “sultan”..
Bukan lah pula sultan mahmud mangkat dijulang..
Bahkan Raja sehari datang berpasangan..

Disinilah tempat tumpah darahku..
Yang menggamit rindu sepanjang rantauanku..
Dihadapanku wanita berkebaya..
Berbelang perang rambutnya..
Ya..dulunya aku dan dia menjual nasi bersama..
Dulu statusnya janda..tapi maruahnya masih cuba dijaga..

Nun sedang menyenduk lauk..
Seimbas pandang sahabat lamaku..
Berbelang biru rambutnya..
Ditata putih berselikan kuning keemasan..
Aku berada dimana??
Adakah aku didalam lena..
Ataukah masih didunia nyata..??

Beberapa langkah ssekitarku..
Seorang anak kecil..
Dia sungguh comel..
Sekitar 4 tahun umurnya kukira..
Bertocang dua..
Rambutnya dihiasi sepit diantara jaluran kuning dan hitam..
Si abangnya pula..
Tergantung dilehernya rantai silver..
Jaluran rambutnya tak ubah seperti adiknya..
Terasa hebat memperlihatkan gaya..
Rasa selesa dengan acuan..
Yang bukan BUDAYA KITA..
Kalau dimedia mengatakan Demonstrasi BUKAN BUDAYA kita…
Dan boleh diintai oleh ISA…
Yang ini..??
Mungkinkah budaya ini..
Penerokanya moyang KITA??
Nauzubillah..

Yang pentingnya..
Sempat terkesan dijiwa..
Rasa kecewa..

Biar apapun ceritanya…Doa ku sentiasa..
Mudah2an meraka menjadi anak yg Soleh Solehah..
Amien..

Anak-anak ibarat kain putih…wahai para ibi dan ayah..perturunkan lah nasihat yang berguna kepada amanah2 Allah itu..

Ya Allah..jauhkan dari keluarga kami, ibu bapa kami, zuriat kami..isteri kami..suami kami ..saudara-saudara kami..sahabat2 kami, anak didik kami..guru-guru kami..dan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kami dari tipudaya syaitan yang dilaknat.dan pimpinlah kami ke jalan yang lurus.jalan yang kau redhai..bukan pula jalan yang kau murkai dan bukan pula jalan yang sesat..amin ya Robbal a’lamin..