Sunday, June 08, 2008

4 Watak isteri dalam Al-Quran..Yg mana jadi ikutan?

Dalam al-Quran, ada digambarkan empat jenis wanita yang bergelar isteri.

Pertama, jenis ideal isteri Musa. walaupun al-Quran tidak menyebut namanya, namun isteri Musa ini dikenali sebagai Safura anak perempuan Syuaib. Safura digambarkan seorang gadis murni. Dia tertarik dengan Musa. Cintanya kepada calon suami, tidak hanya demi kebahagiaan keluarga, iaitu membantu ayahnya. Al-Quran menggambarkan cinta mulia dan halus Safura melalui ayat 26 surah al-Qashash yang bermaksud:Salah seorang dari kedua wanita itu berkata "Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai"Dan sesungguhnya perkahwinan yang ideal ialah perempuan yang mulia serta setia berpasangan dengan suami yang kuat lagi amanah. Inilah pasangan romantis sebenar.

Kedua, jenis isteri Abu Lahab iaitu perempuan jahat berganding dengan suami terkutuk. Dalam surah al-Lahab ayat 3 dan 4 yang bermaksud:"Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar"Isteri Abu Lahab bernama Ummu Jamil tidak disebut dalam al-Quran. Abu Lahab memiliki akhlak buruk dan dikatakan pernah mencuri emas yang terdapat di Kaabah kerana tamak dan rakusnya.Isterinya pula seorang penyombong dan memiliki perasaan hasad dengki yang kuat. Jadi, tugasnya ialah pembantu setia kejahatan suaminya.Kalau Abu Lahab merupakan penentang utama terhadap nabi s.a.w, maka isterinya adalah pendorong utama yang turut aktif di dalam kegiatan jenayah suaminya.Jadi jika suami diumpamakan terbakar dalam kejahatan nafsu, isteri pula pembawa kayu api - iaitu pengobar kejahatan suami. Maknanya isteri aktif dalam kegiatan jahat suami.

Ketiga, isteri baik dalam genggaman suami yang jahat. Watak ini menyebut isteri Firaun sebagai contohnya. Walaupun Firaun melalui al-Quran merupakan seorang Raja Besar yang dikutuk Allah, namun isterinya disanjung tinggi dalam al-Quran.Isteri Firaun yang kononnya bernama Asiah ini juga tidak diberikan nama oleh al-Quran. Ia disebut sebagai "imraatu Firaun" atau perempuan Firaun sahaja.Walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan Firaun, namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu.Asiah menyelamatkan Musa, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Musa. Dia berkenan dan beriman dengan ajaran Islam yang dibawa Musa. Semua manusia dilingkungannya menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi dia diam-diam menyembah Allah.

Keempat ialah watak perempuan Nuh dan Lut. Isteri dua orang nabi a.s ini dinyatakan Allah melalui al_Quran surah at-Tahriim ayat 10 yang bermaksud:"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang salih di antara hamba-hamba Kami;lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun, dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya);"masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)"Isteri Lut kononnya bernama Wa'ilah, tetapi isteri Nuh tidak diketahui namanya. Namun kedua perempuan ini juga tidak disebut dalam al-Quran siapakah nama mereka.Keduanya adalah isteri kepada dua lelaki pilihan Allah, namun mereka disifatkan oleh Allah sebagai pengkhianat dan menjadi ahli neraka.Demikianlah gambaran watak isteri dalam al-Quran.

Wanita acuan Al-Quran??..Bisakah aku menjadi yang dicintai olehNya???

Bersabda Rasulullah SAW:“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut danharap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dannyawanya berakhir
Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasamembesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahalnilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuanganyang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit danbumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkanUntuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci JunjunganMulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi
Itulah…Perempuan acuan al-Qur’an.

Friday, June 06, 2008

-"KeHiDuPaN"-

Perjalanan ini..
Terasa jauh dan menyesakkan..
Kemana hilangnya ketengangan jiwa..
Terkakis dek kotornya hati..

Penghidupan ini..
Penuh dengan sesuatu yang tak pasti..
Berpegang pada tali keyakinan..
bahawa janjinya tak mungkin khilaf..

Fikiran ini sering terlupa dan buntu..
Apakah kerana keruhnya kalbu..?

Aku termanggu sendiri..
Memikirkan sakinah yang kian hilang..
Aku muhasabah diri..
Mencari punca kelalaian diri..

Tuhan..
Aku hilang punca..
Ku cari sinar mahmudah..
Tapi kelam pandangan dek bayangan mazmumah..
Aku ingin berubah Ya Allah..
Ku pohon kau permudah..
Dengan bantuan mujahadah..
Yang takkan tewas dan Kalah..
InsyaAllah..

-imah83-
JUN 08

"KeLeMaHaN"

Takdir..
Bukan kita penyusunnya,
Bukan kita pemilihnya,
Telah tercatat di luh mahfuz,
Setiap detik setiap saat,
Setiap helaan nafas..

Kau..
Tidak boleh merubah takdir..
Melainkan dengan tadahan doa,
Memohon belas yang esa..

Kau..
Ingatlah..
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,
Melainkan mereka sendiri mengubah nasib mereka..
Apakah akur dengan kelemahan itu sudah cukup?
Adakah janjimu pada tuhanmu begitu rapuh.?

Ingatlah..
Perjanjianmu bukan janji biasa..
Kerna janjimu pada empunya dunia..

Kita sebagai manusia,
Sering mencipta alasan pelbagai rupa,
Untuk merasakan diri tak salah apa..

Namun perlu kau ingat..
Nilaian itu bukan nilaian insan..
Yang perlu kau utamakan,
Tapi nilaian pencipta alam,
Yang amat menggerunkan.
Setiap yang terluah ataupun tersimpan.
DIA maha mengetahui..

Peringatan buat dirimu dan diriku yang sering lupa..
Nilaianmu mungkin salah..
Tapi NilaianNya terbukti NYATA!

-imah83-