Saturday, September 29, 2007

Berpisah jua..

Bismillah...

Perpisahan berulang kembali..sedih dan pilu tak dapat hendak diluahkan dengan perasaan..
namun untung aku punya tuhan..
yang sentiasa menjadi tempat luahan jua rintihan...

Ya..sahabatku...datang dan pergi..
Tapi terima kasih kak kerana kehadiranmu...
berkenalan denganmu..
mengajar aku erti kehidupan..

Sehingga satu ketika aku merasakan bersyukur...
kerana dugaan ku tidak sepertimu...
namun juga ku tak ragu...
pasti ada sesuatu...
sehingga Allah memilihmu untuk melalui detik-detik itu...kini..akan datang atau bila pun masanya..

kak..kau pasti mampu...
doaku agar..
kau dan zuriat keturunanmu...
bakal menjadi mata-mata rantai perjuangn..
Bisa menjadi Qudwah hasanah buat semua yang berada di sekelilingmu...
semoga berjaya kak...

Mudah-mudahan Allah permudahkan hidupmu...Amin...

-imah83-

Sunday, September 23, 2007

^^Keluhan_Hati^^

^^Keluhan_Hati^^

Merentasi Keberkatan ramadhan,
Dalam menuntun langkah..
Menapak langkah demi langkah..
Terasa semakin banyak beban meronta..ronta..
Minta dilepaskan..

Alunan qalamullah..
Senandung zikrullah…
Menjadi kekuatan pada diri…
Namun..
Terkadang kelalaian mencelah..
Membina kebingungan..
Merasa lemah..
Dalam meneruskan misi dakwah fi sabilillah…

Ya Allah…
Aku bukannya Rasulullah…
Yang maksum dari dosa…

Aku bukan juga fathimah azzahra…
Yang sentiasa tabah orangnya…
Bukanlah aku seorang asiah…
Yang sabar menjadi hiasan peribadinya…
Yang mana mereka itu ..
Teguh imannya ..menjadi benteng srikandi ummah…

Aku..
Masih sering meluahkan keluhan..
Masih merasakan sakit sebuah perkataan….
Masih merasakan peritnya setiap tindakan..
Yang keluar menyapa..
Tatkala kebenaran cuba untuk disampaikan…

Bukan mudah membawa kalimah Allah..
Menjaga dan menjulangnya..
Aku tahu itu perjuangan Rasulullah…

Namun aku ingin sekali menyambung perjuangan itu..
Biarpun disudut sanubari…berbisik selalu…
Ah..kau pasti tak mampu…

Mungkin perlu ku telusuri…
Peribadi dan sunnah orang berjuang…
Manakan bisa sebuah perjuangan itu…
kesenangan mengiringi..
Sedangkan Baginda rasul juga melalui lorong ini..

Pada mula syiar di sebar…
Bersembunyi baginda menyampaikan yang benar…
Bukan kerana takut pada kebatilan…
Tapi itulah strategi panduan tuhan…
Ucapannya bukan dari nafsu dihati..
Melainkan dari turunnya wahyu yang suci..
Ucapannya berhikmah dari hati…
Terzahir melakar sentuhan tersendiri..
Pada makhluk yang ditemui…
Fikrah manussia di jernihkan..
Agar akal memberikan tafsiran..
Mengenali dan tunduk ..
Kepada kebenaran…

Tidak gentar baginda kepada cemuhan..
Tidak tergugat baginda dengan ancaman…
Tidak luntur semangatnya dek kematian dalam peperangan..
Tidak tersinggung baginda dengan ujian dan serangan…
Mental dan fizikal..

Tekadnya terpaksi atas keimanan..
Berpegang teguh janji Tuhan..

Wahai fatimah…
Kau bukan srikandi umar..
Kau juga bukan srikandi abu Bakar..
Tapi kau perlu berusaha..
Mujahdah usah kau lupa…
Melawan bisikan..demi redha tuhan..

Muhasabah diri itu perlu..
Kritikan itu perlu..bagi seorang mujahidah..
Tapi awas..usah jadikan kritikan itu..
Jatuh dan terus menjatuhkan motivasi diri…

Allah tidak menciptakan kelemahan diri..
Untuk terus diratapi dan dikesali…
Malah ianya untuk diperbaiki…

Allah tidak menciptakan kelebihan pada diri..
Untuk ujub dan sombong bertakhta dalam diri…
Malah ianya untuk dikongsi ..
Menjadi sumber tenaga…
Untuk menggerakkan tarbiah…

Bertahanlah fatimah…
Dan bertahan lah…usah menyerah kalah..
Teruskan memecah…merungkai masalah..
Berkongsi tarbiah dari Allah…

Allah memberikan ujian itu…sesungguhnya yang mampu untuk engkau tempuhi…
Peganglah janji Allah…Hidupmu akan terarah..
Allah lah yang maha mengetahui…
Ya tuhan…usah kau biarkan ku sendirian…
Hanya padamu segalanya ku curahkan..

-imah 83-

^^ Hikmah_Dalam_Menyampaikan^^

DIK…


Mengapa wajahmu bermuram durja dik…?
Lantaran cintamu tidak bersahut..??
Lantaran rindumu tidak bersambut…?

Mengapa termenung dik…?
Memikir jodohmu yang masih kelam…?
Teringatkan rakanmu yang sudah berteman??
Bimbangkah dirimu dik??

Mengapa mengurung diri..
Memeluk lututmu sebegitu…
Sedih dengan takdir ilahi..
Yang bagimu tidak menentu…

Tit…tit…
Tit…tit..

Ah tiba-tiba suasana mendung berlalu..
Kegembiraan bertamu..
Wajahmu ceria dik…
Jemarimu memetik deras..
Matamu bersinar jelas…

Bibirmu mengukir seyuman..
Sungguh manis menawan…
Jemarimu menari pantas..
Pastinya idea membalas…

Masa berlalu…
Tanpa sedar..terlalu pantas..
Tayangan Bayangan dulu terus berlalu…
Berganti pentas….

Hari ini…
Akak turut berteleku disisi..
Kenangan lalu datang kembali..
Mengapakah kau muram kembali??

Pandanganmu sayu..berbaur pilu…
Memegang perutmu yang berisi…
Janin yang suci…
Hanya menanti hari..
Menjengahkan wajahnya ke bumi…
Untuk bergelar bayi yang berbintikan ummi..?

Butiran air matamu jatuh berselang seli..
Bagaikan karangan jatuh ke bumi..
Ramai mengatakan…
Penyesalanmu sudah tidak bererti…
Sukar masyarakat untuk bersimpati..
Kerana sedihmu itu..engkau yang cari…

Dan aku…perlukah berkata sesuatu…
Menelan terkilan dan pilu..
Silap kau itu…
Mungkinkah berkait denganku..
Yang tidak melarangmu dulu..?
Ataupun adakah kerana ..
berputus asa..
dalam menyampaikan peringatan kepadamu..??

mungkin ketika itu..
aku leka mengikut kehendak nafsu..
terlupa hakikat dai’e itu
tidak berhak untuk menghukum..tapi sekadar penyeru..

Butiran air mata kakak mu..
Berselang seli…
Berguguran mencari kekuatan..
Bersuara mengingatkan kan kembali kebenaran..
Serta hikmah suatu kejadian juga ujian…
Pandanglah hari ini sebagai panduan..
Untuk kehidupan masa depan…

Sejarah lalu itu dik..
Usah kau dan aku padam..
Usah kau dan aku ulang…
Jadikan catitan diari kehidupan…

Untunglah kau dan aku punya tuhan.
Yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Maha memberi pengampunan..
Atas taubat yang sebenar-benar taubat…
Ampunkan kami..
Wahai tuhan…atas setiap kesilapan.

-imah83-

^^ Rebah _Tersungkur ^^

...Bersambung..

Dalam meneliti kehidupan…

Teringat suatu ketika dahulu bila seorang akak 2 berkata pada aku…agaknya akak ni dihadirkan ke dunia ni untuk menjadi dugaan kepada orang lain…
Aku pelik masa tu..tapi then aku mengerti apa yang diperkatakan oleh akak tu selepas dia kata…tak ramai orang yang sabar dengan akak…

Bila fikir2…macam ada benarnya kata2 dia tu..tapi dalam satu segi pula..aku tetanya pula…bila kita sedar diri kita menjadi cabaran dan dugaan untuk sahabat2 kita…mengapa kita xcuba untuk membuat perubahan agar kita tidak menjadi “cabaran” pd mereka disekeliling…aku faham ianya tidak semudah menggerakkan gigi dan lidah..namun sekurang2nya aku teringin dia mencuba…

Emm.. kalau nak diikutkan pandangan aku secara kasar,memnag banyak mencabar la sikap akak tu…bila aku cakap mcm ni taklah bermaksud sikap dan perangai aku ni tak mencabar kesabaran orang lain…selagi manusia dinamakan manusia,aku pun tak terlepas daripada melakukan perkara yang sama…

Erm..xperlulah rasanya aku listkan perkara2 tu…biarkan la ia menjadi satu renungan pada aku sendiri…

Apepun ini bukan kali pertama aku jumpa hal seperti ini…mungkin setakat ini aku boleh lagi tahan dengan sikap2 mereka ni…tapi ada juga dikalangan sahabat aku yang langsung tak boleh nak terima hal ini….

Oleh kerana masing2 menyedari xnak sentiasa sakit hati dengan sikap kakak ni,maka mereka mengambil keputusan untuk kumpul ramai2 sapa yang ada ketidakpuasan hati dan mengadili kakak tu…ceh..macam dalam mahkamah lak…tapi itu yang terjadi…

Secara peribadi aku xstuju…tahu kenapa??sebb pada pendapat aku…bila buat begitu..akan membuka semua aib individu itu…semua orang tau…dan mengemukakan apa yng akak tu buat sampai…hal makan megi dia..pun diungkit2…

Kasihan aku tengok kakak tu…tersedu sedan depan lebih sepuluh orang juri tak rasmi…aku dapat rasakan tekanan yang dia alami…tapi berat bahu memandang…berat lagi mata memikul….eh…silap lak..alah..tapi lebih kurang mcm tu juga laa…

Last sekali…kakak tu tak keluar2 bilik 2 hari…sebab ape??sebab tension…atas rasa kasihan…dan sayang ..ada beberapa diantara sahabat..masih setia cuba memberikan motivasi diri kat dia…

Apa yang aku cuba bagitau kat dia cumalah…mendorong dia supaya ada motivasi minda yang kuat..kerana bagi aku motivasi dari dalam itu mempunyai kekuatan yang luar biasa…

Biarpun sepuluh orang mahupun seribu orang yang memberikan motivasi..tapi tak sama nilainya dengan motivasi yang diberikn oleh diri sendiri…ianya ada aura tersendiri yang tak dapat nak dibayangkan bagaimna kuatnya ia..tapi motivasi bukan lah setahun sekali…kalau boleh setiap masa kita pastikan diri kita ada motivasi diri yang hebat dan kental..dan kukuh dan yang sewaktu dengannya…kenapa???sebab bila motivasi dalam diri kuat..dugaan yang dating…kita tak akan mudah melatah.

Kesimpulannya..motivasi diri itu amat penting dan berkesan jika diadun dengan ramuan dan rempah ratus mahmudah untuk mendapatkan hidangan yang diredhai Allah..

-imah-

Pesanan untuk adikku..

Bismillah…

Assalamualaikum..

Pesanan buat adik2ku..

Wahai syabab pejuang, harapan ummah,siapkanlah jadual hhidup yang boleh meningkatkan bekalan menuju Allah. Persiapkan diri dan serulah orang lain.

Wahai adik-adikku, hidup ini adalah untuk mencari redha Allah.Hanya redha Allah lah yang kekal. Orang yang beriman akan berasa seronok dngan Allah.Hidup orang beriman sepatutnta diserahakan untuk beriltizam dengan agama Allah sepenuhnya bukan separuh-separuh.

Bayangkan sebiji buah durian yang paling sedap, jika ditambahkan dengan kicap ataupun sos cili padanya..apa yang akan terjadi pada keaslian rasa yang sedap itu.Bayangkan lah juga seseorang yang ingin membeli seekor lembu,tetapi didapati lembu itu tiada ekornya, hilang kakinya, tiada hidung mahupun matanya…adakah orang tersebut akan membeli lembu yang cacat itu? Tentu sekali tidak..

Bayangkan pula seorang mmakhluk berkepala manusia, bersayap burung, berekor buaya, berkaki itik dan bertubuh cicak?? Apa yang akan terjadi kepada makhluk tersebut…tentu sekali telah hilang keindahan ciptaaannya sebagai sorang manusia yang sempurna.

Demikianlah perumpamaan-perumpamaan bagi orang yang menambah-nambah di dalam islam, mengurangkan ajaran islam malah juga yang memperccampuradukkan ajaran islam itu sendiri..Ingatlah..sesungguhnya Allah hanya menerima islam yang bersumberkan al-Quran dan As-sunnah..bukannya islam yang telah diubahsuai oleh manusia mengikut kepada selera mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda

Aku tinggalkan kerpada kamu 2 perkara yang tidak ssat, sesiapa yang berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitab allah dan sunnahku

Matlamat kita yang tingi iaitu melihat wajah Allah. Oleh itu jadikan matlamat kita ini sebagai perbualan harian kita malah mimpi yang menemani malam kita.. Matlamat suci ini takkan terasa manisnya jika kita sendiiri yang tidak jelas tentangnya.

Wahai adik-adkku;

Kamu semua sebagai pelajar perlu bersungguh-sungguh menuntut ilmu kerana ilmu adalah wasilah yang paling penting untuk dakwah, menuju redha Allah. Kekuatan sebenar orang islam adlah kekuatan dalaman yang ttaqarrubillah. Jika terasa lemah daam apa-apa situasi , kuatkan dalaman kamu atas niat kerana Allah..

Wahai adik-adikku

Islam itu sesuatu yang perlu dirasai. Sama-samalah kita bertanya pada diri,adakah jiwa kita berasa nikmat dengan islam? Orang yang merasai dan menghayati islam di dalam hhidupnya, setiap tingkahlakunya sepatutnya boleh menjadi qudwah bagi orang lain.

Apapun urusan kita, ikatlah dengan Allah, apabila diikat dengan makhluk, jika makhluk itu runtuh, habislah kita, turut runtuh sepertinya. Sentiasalah berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Rendahkan diri samaada sebagai orang yang dinasihati mahupun sebagai orang yang menasihati…

Wallahua’lam..
-imah-

Tuesday, September 18, 2007

Ramadhan oh Ramadhan..

Alhamdulillah...

Kedatangan bulan yang dinanti2 setiap tahun...subhanaAllah..wAlhamdulillah...waLailahaillallah...wAllahuAkbar...

Terima Kasih tuhan atas kurniaan Ramadhan...

Wahai tuhanku

Ilhamkanlah kepadaku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku,

Dan supaya aku tetap mengerjakan amal solah yang engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwaku dan jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang2 islam (yang tunduk patuh kepadamu.)

amien..

Tuesday, September 11, 2007

Bismillah..

Bismillah...

RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Tanda cintakan Allah SWT ialah mengingati Allah SWT (zikrullah) dan tanda Allah SWT murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.” (Baihaqi). Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan Allah SWT, kehidupannya terkawal dan terpimpin, hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat.

Wallahu a'lam..

aHLaN WaSaHLaN Ya RaMaDHaN

Ibnu Masud r.a.berkata :

"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah..

Mmm...perjalanan hidup..

Perkukuhkan bahteramu.. kerana samudera ini amat dalam, perbanyakkanlah amalanmu.. kerana perjalanan ini amat panjang, ikhlaskan amalanmu... kerana pencatatmu sungguh teliti...